Wan Azizah Bersedia Ganti Tun Mahathir Sebagai PM

Keadaan kesihatan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Mahathir kebelakangan ini amat membimbangkan ramai orang. Baru-baru ini Tun sedikit mencemarkan kredebiliti Pakatan Harapan bila menafikan memiliki rangkaian kedai roti The Loaf bila beliau sebenarnya mempunyai 51% saham dalam syarikat tersebut.

The Loaf terpaksa ditutup akibat tidak pernah mencatat sebarang keuntungan sejak ditubuhkan 13 tahun yang dulu.

Semalam, dalam satu ceramah Pakatan Harapan di Kedah, Tun didapati tertidur dan dalam ceramahnya selepas itu, beliau gagal menjelaskan apa yang cuba disampaikannya – hampir kepada merapu menurut salah seorang yang hadir. Selepas itu dikhabarkan Tun terpaksa dikejarkan ke hospital secara senyap-senyap untuk pengawasan para doktor.

Memang keadaan ini sedikit membimbangkan kerana selain calon Perdana Menteri, Tun juga telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan untuk kerusi parlimen Langkawi. Bagaimana rakyat mahu menyokong beliau jika keadaan kesihatannya tidak menentu, sering terlupa dan sebagainya?

Bagaimanapun rakyat tidak perlu bimbang kerana sumber dalam PKR mengesahkan calon Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersedia menggantikan tempat Tun sebagai Perdana Menteri pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan.

Wan Azizah yang 27 tahun lebih muda dari Tun, bersedia menggalas tugas tersebut tanpa sebarang masalah sekalipun tidak mempunyai latar belakang politik dan pentadbiran yang sama seperti Tun. Begitupun perlu diingat, Wan Azizah terlibat sepanjang suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di kedudukan tinggi kerajaan termasuk sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Itu sudah cukup untuk melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri jika Tun Mahathir tidak sihat. Sama seperti Tun Mahathir, Wan Azizah juga adalah seorang doktor dengan kepakaran dalam bidang mata.

Suara Pakatan

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Suara Pakatan dengan tajuk asal Wan Azizah Bersedia Ganti Tun Mahathir Sebagai PM. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak pru14.tv mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak pru14.tv berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *