Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas Pengasas Syarikat Memohon Maaf Kepada Najib

Tidak pernah terlambat untuk meminta maaf.

Salah satu pembuat sarung tangan terbesar di dunia, Supermax Corp. mengalami peningkatan selepas pengasasnya Stanley Thai memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kerana dengan lantang menunjukkan sokongan terhadap pembangkang dalam pilihan raya negara itu sebelum ini pada 5 tahun yang lalu.

Saham Supermax naik sebanyak 6.9% di Kuala Lumpur selepas Thai memohon maaf dalam satu sidang akhbar semasa hujung minggu. The Star pada hari Sabtu memetik Thai sebagai berkata bahawa beliau sedar tindakan beliau sebagai seorang ahli perniagaan untuk terlibat dalam politik adalah salah.

“Sebagai ahli dalam komuniti perniagaan, saya ingin melihat kestabilan politik,” Thai berkata pada taklimat media. “Perniagaan yang beroperasi di Malaysia akan terus berkembang maju di bawah polisi ekonomi yang mantap oleh kerajaan pemerintah yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.”

Ini bukan satu-satunya isu yang perlu ditangani oleh Thai. Beliau telah dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan didenda RM5 juta kerana perdagangan orang dalam pada November dan sedang merayu sabitan dan hukuman itu.

Walaupun tanpa ucapan ‘mea culpa’ Thai, prestasi Supermax setakat ini adalah baik – saham telah naik 30% tahun ini setakat Jumaat di tengah-tengah keputusan suku keempat yang kukuh yang dilaporkan pada Februari.

Tulisan asal oleh:
En Han Choong, Bloomberg, 16 April 2018

Link asal artikel:
https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-04-16/malaysian-stock-surges-after-company-founder-apologizes-to-najib

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *