Raja Pun Mahathir Berani Aniaya?

MASIHKAH anda ingat pada ikrar kita sebagai rakyat Malaysia?

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Namun pembangkang dilihat melanggar hampir 90% ikrar tersebut terutamanya Tun DR Mahathir Mohamad. Kisah Mahathir menganiaya Raja-Raja Melayu bukanlah perkara baharu. Dari dahulu hingga kini beliau masih individu yang sama penuh dengan rasa bongkak, angkuh dan sombong.

Boleh dikatakan Mahathir adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang berani menganiaya Raja-Raja Melayu. Kita amat maklum bahawa DAP sentiasa dilihat sebagai parti yang anti Melayu dan anti Islam. Malah berlaku beberapa insiden yang melibatkan penyokong tegar DAP menghina Raja-Raja Melayu cuma mereka tidak seberani Mahathir sehingga dikatakan memfitnah Raja-Raja Melayu secara terang-terangan.

Dahulu beliau dikatakan menganiaya Kesultanan Johor dengan tuduhan membunuh adik lelaki Prebet Adam dalam usaha beliau untuk meminda perlembagaan yang menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu sekaligus menghapuskan kekebalan institusi kesultanan tersebut.

Perkara tersebut terbongkar dengan pendedahan adik-adik Prebet Adam baru-baru ini yang menafikan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat sebagai ‘caddy’ golf kepada Almarhum. Semua adik beradik mereka masih hidup. Hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah.

Kemudian Mahathir cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis ketika himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu. Perkara tersebut menguris hati Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Baginda turut menyatakan rasa kecewa dan murkanya atas ucapan Mahathir itu. Mahathir telah menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.

Apabila Mahathir menyedari kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tersebut, beliau lantas mengambil langkah memulangkan pingat yang diterima kepada Sultan Selangor sebagai langkah awal sebelum ia ditarik. Langkah tersebut dibuat selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan terhadap Dr Mahathir.

Malah Istana Kelantan juga mengambil tindakan menarik balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran dari Mahathir yang dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir. Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April 2002. Menurut kedudukan di Kelantan, anugerah DK Al-Yunusi itu adalah pingat kebesaran tertinggi dikeluarkan pihak istana negeri terbabit.

Dalam perkara ini, rakyat Selangor perlu sentiasa mengingatkan diri mereka agar tidak mengundi parti-parti yang bersama Mahathir. Beliau telah mendedahkan wajah jahat beliau. Raja pun Mahathir dikatakan sanggup aniaya, apatah lagi rakyat biasa.

#SinsofMahathir
#DosaDosaMahathir

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *