PRU-14 : Pas Umum Empat Calon Bertanding Di Perak

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan empat calon parti itu yang akan bertanding di Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan Gelombang Hijau Perak PRU-14 di Seri Iskandar semalam.

Turut hadir sama Razman dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang sementara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria merangkap Bendahari Pas Pusat, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol.

“AJK Pas Pusat, Dr. Najihatussalehah Ahmad merangkap Ketua Dewan Muslimat Pas Perak pula akan bertanding di Parlimen Parit.

“Parlimen Bagan Datuk pula akan ditandingi oleh Ata Abdul Munim Hasan Adli (Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan Datuk),”katanya.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *