Penipuan Dan Fitnah Pembangkang Semata-mata Mahu Cetus Sentimen Kebencian

Rakyat perlu sedar dengan apa yang dillakukan oleh pembangkang, politik mereka adalah politik pembohongan untuk mendapat sokongan, sebab itu mereka akan buat apa sahaja untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Fitnah yang disebarkan diserata media sosial sebelum ini telah memberikan impak yang negatif terhadap kerajaan. Pelbagai tindakan yang telah diambil, namun ianya masih tidak dapat dikekang  kerana hukuman yang dikenakan  amat ringgan dan tidak memberikan teladan yang baik kepada warga.

Apa sahaja yang dilakukan untuk kebaikan rakyat sering dimanipulasikan dengan pelbagai fitnah, itu semua adalah untuk menutup kelemahan serta kegagalan mereka untuk menjadi pentadbir seperti apa yang berlaku di negeri yang di perintah oleh mereka,

Maklumat yang dipanjangkan tidak benar oleh pembangkang sudah pasti, perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan mengundang masalah, apatah lagi jika didapati maklumat tersebut fitnah dan palsu

Jadi jelaslah bahawa  segala kemelut yang berlaku dalam Negara sekarang adalah berpunca dari amalan pembohongan dan tidak benar diciptakan oleh pembangkang. Kemanakah hilangnya semua pemfitnah dilaman laman media selama ini.

Pembangkang tahu pendekatan yang kita ambil dari segi pentadbiran serta cara berpolitik. Kerajaan mengambil pendekatan `engagement’ dan `bipartisan’ dalam beberapa hal terutama melibatkan kepentingan rakyat.

Apa yang penting pada mereka ialah apa yang dilakukan boleh memberi keuntungan kepada politik mereka walaupun membuat fitnah, itulah perangai sebenar pembangkang dan ini bukanlah pertama kali dilakukan mereka.

Sebenarnya ini semua taktik pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kebencian ini akan memberikan impak yang besar untuk pembangkang dalam politik kebencian mereka.

Selama ini mereka melihat kerajaan ini ditadbir dengan cara kononnya tidak telus, menerima rasuah selain mengamalkan budaya kronisme dan cuba menutup perkara tidak baik yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat.

Namun bagi hal berkepentingan masyarakat umum, kerajaan bertindak telus  dengan mewujudkan pendekatan bipartisan iaitu dengan membentuk barisan kerajaan  yang tanpa mengira latar belakang politik di mana kedua-dua belah pihak berada bersama mengemudikan negara.

Bertindak dan kebersamaan yang dilakukan ini sekurang-kurangnya mereka dapat tahu keadaan sebenar dan apabila mereka berada di dalam kerajaan, baru mereka dapat melihat sememangnya kita berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan sesuatu masalah.

Perkara ini dengan kebersamaan yang ada dengan keharmonian yang terjalin, pihak pembangkang melihat ianya salah satu ancaman kepada mereka untuk melaksanakan agenda sulit kian menjadi sukar.

Oleh itu, perkara utama yang harus dilaksanakan ialah dengan mencipta isu isu yang bersifat pembohongan dan menghasut rakyat yang tidak mempunyai asas politik untuk meyebarkannya dilaman laman media.

Keadaan ini sekali gus ini telah menyebabkan pembangkang sendiri agak kehilangan arah sebenarnya mereka berada dalam politik. Akhirnya mereka lupa dengan tanggungjawab  mereka terhadap masyarakat serta rakyat.

Mereka sebenarnya cuba jadi pembangkang yang hanya  membangkitkan isu-isu tidak benar yang menjadi permainan maki hamun semata-mata.

Mereka cuba buat tuduhan dan fitnah semata-mata untuk menimbulkan semula sentimen kebencian untuk meraih sokongan rakyat. Mereka tahu pendekatan yang diambil oleh kerajaan tidak membawa keuntungan kepada mereka kerana kerajaan telah melakukan sesuatu yang terbaik

Bukan itu sahaja, dalam siding Dewan pula, Mereka gunakan pendekatan menayangkan sepanduk sepertimana dilakukan di Parlimen. Mereka cuba tanamkan fitnah dalam fikiran rakyat, soal betul atau tidak itu menjadi soal kedua. Mereka mahu tanamkan persepsi dan kebencian

Kerajaan melihat hal ini sudah berada ditahap yang amat serius dan harus ditangani dengan sebaiknya, kegagalan bertindak untuk mengekang budaya fitnah yang menjadi amalan pihak pembangkang ini jika dibiarkan akan menjadi barah kepada keselamatan Negara.

Fitnah lebih kejam dari pembunuhan. Mangsa fitnah, khususnya di media sosial akan menderita. Jiwa mereka yang terkena fitnah akan mati, imej tercalar, selain menanggung aib.

Fitnah disebarkan boleh mewujudkan rasa benci dan permusuhan terhadap mangsa. Individu yang difitnah itu bukan sahaja terpaksa berdepan cercaan dan pandangan serong terhadapnya, tetapi  fitnah juga memusnahkan reputasi dan kredibiliti mangsa bukan ketika itu malah selamanya.

Dengan berkuat kuasa  Akta Berita Palsu yang telah diluluskan di Parlimen untuk mengekang penyebaran fitnah dan berita tidak benar yang amat bahaya kepada kestabilan , keharmonian, dan ketenteraman  serta rakyat dalam Negara ini.

Sebelum  akta ini diluluskan, amalan fitnah dan pembohongan yang  dilakukan seakan sudah tidak dapat dikawal lagi sehingga ianya mengugat kestabilan Negara. Fitnah ini bukan sahaja berlaku dari dalam Negara malah ianya dilakukan oleh pihak pembangkang sehingga keluar Negara.

Cadangan pembentangan  akta ini telah ditentang hebat oleh pihak pembangkang yang mana menyifatkan ianya satu bentuk tindakan yang menghalang kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pandangan dan dikatakan telah melanggar hak asasi kemanusiaan.

Pada kali ini, hukuman yang dikenakan amat berat dan denda yang dikenakan begitu juga, sebenarnya kerajaan bukan mahu mendera atau bersikap kejam terhadap rakyatnya , namun demikian ianya lebih kepada untuk menerapkan nilai nilai bertanggungjawab  keatas warganegaranya.

Perkara yang paling ketara sekali dapat dilihat ialah apabila ruangan media sosial  hari ini telah sunyi dengan isu isu fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh pihak yang mendapat laba dari penubuhan pembangkang.

Maka jelaslah bahawa apa yang menjadi kemelut isu dalam Negara hari ini adalah berpunca dari amalan fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap rakyat dan  kerajaan.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *