Napsiah Omar Menghembus Nafas Terakhir Usia 74 Tahun

Bekas ahli Parlimen Kuala Pilah dan juga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia petang Isnin.

Memetik sumber, Allahyarhamah yang dilahirkan pada 21 April 1943 menghembus nafas terakhir pada usia 74 tahun.Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.

Pengerusi Tetap Wanita Umno ini meninggal dunia pada pukul 6.10 petang akibat penyakit barah hati di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya.

Jenazah ini akan dibawa pulang ke Kampung Jawa, Kuala Pilah dan ditempatkan di Surau Tunku Muhriz.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini akan dikebumikan Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor pada Selasa ini.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *