MB Terengganu Bertanding Di DUN Seberang Takir: Wartawan Sinar Harian Baru Keluar Dari Gua?

Tiba-tiba akhbar Sinar Harian keluaran Terengganu menerbitkan satu artikel seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan kedudukan MB Razif yang jelas akan bertanding di kerusi DUN Seberang Takir.

Parti pembangkang yang selama ini berkokok cuba memancing MB Razif dengan pelbagai spekulasi kerusi yang akan ditandingi oleh MB Razif dengan harapan mereka dapat kucar-kacirkan solidariti BN Terengganu.

Dan apabila pada 12 April lalu, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi datang ke Terengganu untuk melancarkan jentera pilihan raya Hulu Terengganu dan manifesto BN Terengganu, beliau dengan jelas menyatakan bahawa Ahmad Razif akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU nanti.

Bermula daripada itu tiada lagi spekulasi yang dibuat oleh pemimpin pembangkang di sini.

Namun, Sinar seperti tidak berpuas hati dan cuba mengheret kembali isu yang sudah begitu jelas.

Apa yang Sinar mahu sebetulnya?

Biasanya, ada nama wartawan pada setiap artikel tetapi artikel kali ini cuma meletakkan ‘nama’ Wartawan Sinar Harian’ sahaja, adakah penulisan ini dari ketua pengarang di Terengganu atau di pusat?

-terengganutimes

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *