Mahathir Tidak Hadir Di Ceramah Pembangkang,Tahap Kecergasannya Terus Dipersoal

Baru-baru ini,Mahathir baru sahaja diumumkan sebagai calon gabungan pembangkang PKR bagi Parlimen Langkawi,malangnya tidak sampai 24 jam, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah tidak hadir di program ceramah pembangkang atas sebab kesihatan di Pusat Komuniti DAP Teluk Intan di sini semalam.

Ini mencetuskan tanda tanya mengenai tahap kecergasan pemimpin pembangkang berusia 93 tahun itu.Sebelum ini kesihatan Mahathir kerap menjadi persoalan memandangkan beliau kerap mendapatkan rawatan IJN.

Tidak ramai yang sedar bahawa sejak tiga tahun lepas, Mahathir dikatakan telah dimasukkan ke hospital sebanyak 47 kali. Pada tahun 2015 masuk hospital 12 kali, 25 kali pada 2016, enam kali tahun lepas, dan tahun ini sahaja 4 kali setakat ini.Memang mengejutkan Mahathir telah menghabiskan masa lapan bulan di hospital dari 38 bulan tersebut. Dan kini semakin kerap memandangkan Mahathir perlu masuk hospital setiap bulan.

Selain itu, dia hanya boleh bekerja empat jam sehari. Oleh itu, kapasiti kerjanya tidak melebihi 10-12 jam seminggu dari 60-80 jam yang sepatutnya.

Dalam ceramah hari ini, pihak penganjur pula hanya dapat mengumumkan perkara itu pada sesi akhir ceramah bahawa Mahathir tidak hadir kerana tidak sihat.

Ini menyebabkan penyokong yang hadir dipertontonkan rakaman video Mahathir mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon gabungan pembangkang PKR di Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut sumber, Kor Ming dijangka berdepan Datuk Seri Mah Siew Keong yang menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk pada tahun 2014.

Pemimpin pembangkang yang memberi ceramah dalam program di sini termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *