Kuasa Sebenar Masih Milik DAP

Di kalangan para penyokong Pakatan Harapan, mereka sering kali mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berkuasa sepenuhnya di dalam pakatan pembangkang berkenaan. Dakwa mereka, dengan pengalaman yang ada pada Mahathir, ianya sudah cukup membuktikan bahawa semua parti yang ada di dalam pakatan berkenaan akan menghormatinya dan dia dengan mudah menguasai pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan kelak.

Namun begitu, bagi mereka yang cukup memahami pergerakan di dalam pakatan pembangkang berkenaan, satu hakikat yang tidak ada sesiapa pun mampu menyanggahnya adalah, DAP cukup berkuasa dalam menentukan segala-galanya di dalam Pakatan Harapan, termasuklah memastikan, siapa yang akan dilantik sebagai menteri mahupun sebagai Perdana Menteri.

Lihat sahaja bagaimana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang telah menetapkan bahawa bakal calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming akan dilantik sebagai menteri penuh sekiranya Pakatan Harapan berkuasa kelak. Sebelum ini, DAP juga turut memainkan peranan yang besar dalam menentukan siapakah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan dalam hal ini, Mahathir dipilih oleh DAP dan semua pihak harus akur dengan keputusan berkenaan.

Memang agak memeranjatkan apabila melihat PKR yang dahulunya begitu bersungguh-sungguh mahu memenjarakan Mahathir, hari ini tunduk akur kepadanya. Dalam hal ini, jika tidak dengan campur tangan DAP selaku “superior” di dalam Pakatan Harapan, tidak mungkin PKR termasuk para pemimpinnya boleh menerima musuh ketat mereka selama 18 tahun untuk mengambil alih tempat yang selama ini milik Anwar.

Malah, dalam pembahagian kerusi yang bakal mereka tandingi juga menampakkan penguasaan DAP yang dilihat mahu mengekalkan penguasaan mereka di kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum yang lepas. Dalam hal ini, mungkin ada yang memberikan alasan, DAP sanggup mengorbankan maruah mereka demi Pakatan Harapan setelah bersetuju untuk menggunakan hanya satu lambang, iaitu PKR pada PRU kali ini.

Benar, DAP bersetuju menggunakan hanya satu lambang selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mahathir sebelum ini. Namun, perlu diingatkan bahawa, DAP akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka memperolehi kuasa yang cukup mereka inginkan.

Pada masa yang sama, sebagai balasan, PKR, Mahahtir mahupun PAN harus mengikut apa jua kemahuan DAP walapun terpaksa menggadaikan maruah kaum Melayu dan kesucian agama Islam itu sendiri. Bagi DAP, perjuangan mereka untuk merealisasikan Malaysia Malaysian tidak boleh dipadamkan begitu sahaja dan mereka sedar, dengan menggunakan pihak lain, impian berkenaan pasti mampu dilaksanakan.

Yang kekal menjadi mangsa adalah kaum Melayu yang cukup hitam hati mereka dan DAP amat menggemari kelompok ini bagi memudahkan usaha mereka menawan Malaysia. Walaupun secara zahirnya, Mahathir, Wan Azizah, Anwar mahupun Mat Sabu sebagai ketua Pakatan Harapan, hakikatnya, kekuasaan DAP terhadap mereka semua ini, tidak ada sesiapa mampu menafikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *