Janji Perumahan Mampu Milik BN Lebih Realistik

Langkah yang diambil oleh kerajaan BN melalui ManifestoBN yang dilancarkan ini begitu berbeza dengan pembangkang. Apa yang dilihat, kerajaan BN lebih menjanjikan perumahan mampu milik yang bersifat realistik berbanding pembangkang yang hanya menabur janji hingga ke langit,namun ia hanyalah sekadar untuk raih undi semata-mata.

Jika dilihat selama 10 tahun pembangkang hanya buat onar dan susahkan rakyat, yang ada cuma rumah mewah mampu tengok sahaja, terowong tak siap dan banjir tak sudah, malah negeri yang ditadbir DAP yang mana 51 janji ditabur sebelum ini juga gagal ditunaikan.

Adakah setiap dijanjikan pembangkang itu sesuatu yang realistik.Mengapa Guan Eng dan Azmin Ali masih tidak berani melancarkan manifesto khusus untuk rakyat Pulau Pinang dan Selangor? Apa yang mereka takutkan? Barisan Nasional sudah lancar manifesto yang khusus untuk dua negeri itu. Fokusnya adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Apa yang kerajaan BN akan janjikan seandainya Barisan Nasional tawan semula Pulau Pinang ,65,000 unit rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh 5 tahun, rumah kos rendah dibina, hapuskan surcaj air ,naikkan bantuan warga wmas, memberhentikan pembangunan di kawasan bukit dan lereng bukit serta merta, batalkan projek terowong dasar laut , tol percuma motosikal di kedua-dua Jambatan Pulau Pinang, mengatasi kesesakan lalulintas , hentikan projek lereng bukit , mengatasi isu banjir dengan melaksanakan Pelan Induk dan lain-lain .

ManifestoBN Pulau Pinang : https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155276703240952

Manakala Skim Perumahan Sewa dan Beli juga akan diperkenalkan kepada rakyat. Bagi kerajaan BN menjamin perumahan yang stabil dan selesa itu adalah suatu keperluan asas yang merupakan hak asasi setiap rakyat Malaysia.Sebelum ini, tindakan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mengenakan syarat tambahan kepada pemaju perumahan dan pembeli termasuk yang disifatkannya ‘pelik’ menyebabkan kos kediaman meningkat sekaligus menambahkan kos pembinaannya akhirnya rakyat yang menanggung bebannya.Tidakkah tindakan mereka (pembangkang) itu membebankan rakyat?

Menurut sumber dalaman berkata, cukai berkaitan hartanah adalah penyebab utama kenaikan kos sara hidup di Selangor.Meskipun negeri lain juga mengalami kenaikan kos sara hidup ia tidak sebesar Selangor dan Pulau Pinang.Kedua-dua ini dikatakan mengalami kenaikan kos sara hidup selari dengan kenaikan hartanah sejak Pakatan Pembangkang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

ManifestoBN bagaimanapun akan terus menjanjikan cukai pintu dan cukai tanah untuk kos rendah, sederhana rendah dan rumah kampung dikecuali walaupun pada tahun ini Azmin baru nak melaksanakannya setelah dikatakan enggan menerima pandangan mengenai kos sara hidup tersebut yang sudah meningkat sejak ditadbir oleh pembangkang dan perkara ini berlaku sebelum GST dilaksanakan lagi.

Dengan ManifestoBN, kerajaan akan menjanjikan, rumah Kos Rendah yang akan ditetapkan pada kadar harga RM40,000, manakala rumah Kos Sederhana Rendah pada kadar harga RM80,000-RM 120,000 termasuk satu tempat letak kereta percuma.

Melihat kembali dasar perumahan di Pulau Pinang dan Selangor dilihat rumah mewah yang bernilai melebihi lebih satu juta lebih banyak dibina berbanding rumah kos rendah yang mampu dimiliki rakyat? Adakah ini caranya untuk membantu rakyat, kesannya mereka ini tidak mampu untuk memiliki rumah tersebut.

Justeru, pengundi perlu tahu aspirasi utama yang bakal dilaksanakan Kerajaan BN ini jika diberi mandat dan kuasa untuk terus menerajui pemerintahan negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang. Apa yang pasti, Manifesto BN secara jelas dan nyata mendahulukan keperluan dan kepentingan rakyat yang lebih realistik dan bukan sekadar janji kosong sahaja.

#DahulukanRakyat#BersamaBN #BersamaBN #SelamatkanPulauPinang #SelamatkanSelangor #HebatkanNegaraku

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *