Ingatkan Artis Saja, Mufti Pun Tak Terlepas Dari Jadi Mangsa Akaun Palsu

Dengan kuasa teknologi hari ini, terdapat lambakan akaun palsu di laman sosial sama ada menggunakan nama atau gambar sama individu tertentu.


Bukan sahaja golongan selebriti, malah mufti juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penyalahgunaan akaun palsu di laman sosial.


Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab ini.

Menerusi posting di laman Instagramnya, sebuah paparan skrin menunjukkan akaun Instagram palsu yang menggunakan gambar-gambarnya dengan nama akaun ‘zulkifpetek’, pada malam Isnin.



Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai sudah dipadamkan. Pengikut laman sosial Mufti Wilayah Persekutuan dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sebarang akaun palsu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *