Hasrat Bernikah Tidak Kesampaian Lagi Sebab..

Baru-baru ini ,pasangan muda berkenaan masih bersekolah itu menjadi tular di media sosial di Indonesia selepas mereka memutuskan untuk berkahwin pada usia muda.

Namun, Hasrat pasangan kekasih bawah umur untuk berkahwin,semalam tidak kesampaian selepas majlis itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana dokumen kebenaran nikah belum ditandatangani pegawai daerah setempat.

Menurut sumber melaporkan, Syamsuddin, 15, dan pasangannya Fitra Ayu, 14, perlu menunggu dengan sabar kerana mereka hanya boleh melangsungkan pernikahan selepas mendapat kebenaran pegawai daerah Bantaeng.

“Sepatutnya kami bernikah hari ini tetapi ditangguhkan kerana masih ada dokumen yang belum lengkap,” ujar Syamsuddin.

Menurut TribunBantaeng.com, pasangan berkenaan yang sudah menghadiri Kelas Bimbingan Perkahwinan Khamis lalu tiba di Pejabat Agama Daerah Bantaeng hari ini ditemani penjaga masing-masing untuk urusan pernikahan itu.

Antara alasan pasangan berkenaan ketika memohon untuk berkahwin pada usia muda adalah Fitra Ayu takut tidur seorang diri selepas ibunya meninggal dunia manakala bapanya sering keluar daerah atas urusan kerja.

Ketua Bahagian Perlindungan dan Pertumbuhan Kanak-Kanak Bantaeng Siti Ramlah turut berkata, pernikahan tetap akan berlangsung cuma mereka perlu mendapatkan tandatangan daripada pegawai daerah.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *