Guan Eng Janji Beri Jawatan Pada Nga, DAP Akan Menang Banyak

DAP membuktikan sekali lagi bahawa parti tersebut penuh dengan penipuan, bersikap berat sebelah dan menolak kebenaran. Tindakan DAP mengenepikan Naib Pengerusinya, Dr. Tan Seng Giaw daripada terus menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 mendedahkan amalan parti itu yang tidak mementingkan fakta dan kebenaran bagi mencapai cita-cita untuk merampas kuasa di negara ini.

Selepas lapan penggal menjadi Ahli Parlimen Kepong, akhirnya Seng Giaw digugurkan semata-mata kerana beliau bercakap benar. Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), sudah tentu beliau tahu apa yang berlaku dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan itulah yang dipertahankan sejak dulu hingga kini.

Kini mereka mengumumkan pula Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, sebagai calon pakatan pembangkang untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU-14. Nga sinonim sebagai pemimpin DAP yang sering lantang menghina orang Melayu dan agama Islam menjadi pilihan parti chauvanist tersebut.

Menurut sumber, Lim Guan Eng dikatakan menjanjikan jawatan kepada Nga sekiranya DAP dapat merampas kerusi Teluk Intan dengan kemenangan yang besar. Kor Ming dijangka berhadapan dengan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, yang sebelum ini sudah beberapa kali menyatakan hasrat mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 31 Mei 2014.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengesahkan pencalonan Kor Ming untuk bertanding di Teluk Intan. Beliau berkata, oleh kerana kerusi Parlimen Teluk Intan disandang oleh seorang menteri, maka pakatan pembangkang perlu mengemukakan ‘nama besar’ untuk memenangi kerusi itu.

“Kita hantar seorang tokoh yang akan dilantik menjadi menteri jika pakatan pembangkang menang di Putrajaya, untuk bertanding di Teluk Intan,” katanya.

Beberapa tahun yang lepas Nga Kor Ming didakwa terlibat dalam skandal tanah balak di Kelantan. menurut sumber, mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Memetik portal Malaysian Digest, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan. ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

DAP dilihat memandang ringan sebarang perkara yang meragukan dalam urus tadbir dan urus niaga pemimpin kanan mereka walaupun ada yang sedang menghadapi dakwaan di mahkamah atas salah laku jenayah rasuah. Namun DAP akan bertindak kasar mengugurkan nama mana-mana pemimpin kanan mereka yang bercakap benar terutama yang memberi kesan baik kepada kerajaan. Ketelusan yang DAP laungankan selama ini hanya retorik dan penipuan untuk mengaburi mata rakyat atas salah laku urus tadbir mereka.

#HarapanFitnah
#HarapanPalsu

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *