Gabungan Pembangkang Paling Banyak Kali Berpecah Sesama Sendiri

Pakatan antara parti-parti pembangkang adalah gabungan parti yang paling banyak kali berpecah kerana kecewa kalah dalam pilihan raya tetapi tidak pernah berhenti mahu menipu dan membohongi rakyat.

Kita sorot kembali pada tahun 1999 apabila satu pakatan antara parti-parti pembangkang iaitu Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan. Pada masa itu, pakatan itu ditubuhkan bertujuan untuk mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999, PRU2004 dan PRU2008.

Pada masa itu, BA diwakili parti PAS, DAP, PKR dan PRM. Pakatan ini tidak didaftarkan pun di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kesemua parti dalam BA tidak berusaha untuk gabungan berkenaan didaftarkan secara rasmi kerana sibuk berpolitik. Bagaimanapun, oleh kerana dua pemimpin tertinggi DAP, tewas iaitu Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh hubungan kesemua parti di dalam BA semakin renggang.

Lebih-lebih lagi pada masa itu Presiden PAS Datuk Fadzil Noor pernah dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan PAS begitu mahu mewujudkan negara Islam. Karpal pernah kata, langkah mayat beliau dulu jika mahu tubuhkan negara Islam. Pada 21 September 2001, BA berpecah apabila DAP mengumumkan keluar dari gabungan itu.

Pada 2008, DAP bersama semula dengan BA dan berjaya menafikan kemenangan dua pertiga majoriti BN. Pakatan berjaya tawan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Selepas itu, mereka sudah bosan dengan nama BA, nama Barisan Alternatif ditukar kepada Pakatan Rakyat (PR).

Selepas itu, pakatan bergerak dengan nama Pakatan Rakyat (PR) dengan dianggotai PKR, DAP dan PAS. Pakatan itu diumumkan pada 1 April 2008. Mereka tukar nama kerana mereka bimbang jika guna nama sama, mereka akan kalah kerana rakyat sudah banyak ditipu dengan menggunakan nama BA.

Sebenarnya, sebelum lahir PR, mereka ada gunakan nama Gagasan Rakyat sebentar tetapi tidak lama. Kemudian apabila sampai 16 Jun 2015, DAP sekali lagi umum pakatan mereka berpecah apabila mendakwa parti mereka tidak boleh bekerjasama dengan PAS.

Mereka tetap berkonflik pada masa itu dalam soal ‘Langkah Kajang’ iaitu gerakan yang pada mulanya mahu menjadikan bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi kemudian gagal sebab dia dihukum penjara kerana kesalahan liwat.

PAS tidak setuju dengan Langkah Kajang yang bertujuan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Selepas itu, DAP mula kutuk dan serang PAS bermacam-macam sehingga Pakatan Rakyat berkubur dan mereka berpecah sekali lagi.

Mereka tidak mahu rakyat ingat konflik perpecahan itu menyebabkan mereka buat lagi gabungan baru dengan nama Pakatan Harapan (PH) dengan wakil-wakil parti baru pula iaitu parti serpihan dari PAS iaitu PAN. Pemimpinnya terdiri daripada orang PAS yang kalah dalam pemilihan.

Pemimpin PH tetap sama iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar tapi kini Anwar sedang dipenjarakan kerana jenayah liwat. Kali ini, PH agak berbeza kerana ada bekas pemimpin UMNO iaitu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang begitu berdendam dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Entah berapa lama PH pula akan bertahan dan sekarang pun mereka sudah banyak berbalah.

Ini amat berbeza dengan BN yang sejak tahun 1950-an, BN tidak pernah berpecah atau bertukar nama kecuali sekali dari Perikatan kepada BN. Sehingga hari ini rakyat #BersamaBN membangunan negara dengan prinsip #DahulukanRakyat dan sentiasa mahu #HebatkanNegaraku.

Mengapa pengundi mahu memperjudikan negara dengan mengundi PH yang sudah berkali-kali berpecah dan tidak pernah berpegang pada prinsip perjuangan. Hanya DAP sahaja yang terus berpegang pada prinsip perjuangan iaitu untuk mewujudkan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia yang sama rata dari segi hak kaum dan mahu memansuhkan Hak Istimewa Orang Melayu.

#HarapanPalsu

#HarapanFitnah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *