Datuk Huan Desak SKMM Ambil Tindakan Ke Atas Malaysiakini

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan mahu portal pro-pembangkang Malaysiakini diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana mengeluarkan laporan mengandungi berita palsu yang biadab dan kurang ajar.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mendakwa portal itu memutarbelitkan fakta dalam laporan mereka sehingga mengelirukan rakyat dalam artikel bertajuk’Best Not To Vote If You Can’t Get Leave, Zahid Tells Malaysians in Singapore’.

Menurut beliau, Malaysiakini membentuk satu persepsi seolah-olah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk pulang mengundi jika tidak boleh mendapatkan cuti. Malaysiakini mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmd Zahid Hamidi yang berkata demikian.

“Saya merujuk kepada satu artikel diterbitkan oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini di mana portal ini berniat jahat dengan memutarbelit kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Artike ini telah memberi persepsi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi,” katanya.

Rujuk berita berkenaan di sini : –

https://m.malaysiakini.com/news/419760

Menurut Huan dalam kenyataan itu, tajuk artikel berkenaan juga jelas tidak tepat dan sengaja dibuat untuk mewujudkan perasaan benci rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

Beliau menegaskan kenyataan Ahmad Zahid amat jelas dan terang sekali iaitu terpulang pada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sama ada mahu pulang untuk mengundi atau tidak.

“Kerajaan terbuka dalam hal ini kerana negara ini (Malaysia) adalah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan semua orang mempunyai hak untuk mengundi,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Katanya, Malaysiakini juga menipu dengan mengatakan bahawa terdapat 250,000 orang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Angka yang dikeluarkan oleh portal berkenaan tidak disertakan dengan bukti untuk menyokong laporan yang ditulis, dakwa Huan.

“Mereka hanya mengambil jalan muda dengan memutarbelit fakta untuk mewujudkan ketegangan antara kerajaan dan rakyat bagi memenuhi kehendk dan kepentingan bebeapa pihak,” katanya.

Huan berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan dan ambil tindakan ke atas Malaysiakini kerana terbukti mengeluarkan artikel palsu dan berniat jahat.

“Malaysiakini juga sudah terbukti melanggar Akta Anti Berita Tidak Benar yang sudah diluluskan dan dikuatkuasakan baru-baru ini.

“Tindakan perlu dilakukan segera kerana saya yakin selepas ini, lebih banyak penipuan akan berlaku, putar belit dan berita palsu akan diterbitkan Malaysiakini untuk mengelirukan rakyat serta menggugat keharmonian negara,” katanya.

Malaysiakini terang-terang jadi alat kepada Pakatan Harapan melaksanakan misi mereka untuk #HarapanFitnah dan seterus beri #HarapanPalsu kepada rakyat menjelang PRU14 kali ini. Mereka bertujuan menghasut rakyat yang #BersamaBN dan Najib untuk sentiasa #HebatkanNegaraku dan #DahulukanRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *