Cubaan Pakatan Putar Belit Isu Pelepasan GST Syarikat China Gagal

Nampaknya tindakan Pakatan Harapan (PH) untuk cuba menyemarakkan kebencian dalam rakyat berkenaan pengecualian cukai GST ke atas kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak berjaya. Mereka cuba ambil kesempatan di atas kumpulan penyokong mereka yang kurang pengetahuan untuk mencetuskan kebencian berasaskan persepsi yang salah.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To dalam penjelasan di laman Facebooknya berkata asas utama serta prinsip GST adalah pengguna terakhir atau pengguna yang membayar GST berkenaan.

Katanya, pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntur kembali tetapi pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali bayaran cukai itu.

“Bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan. Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan.

“Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan,” katanya.

Menurut beliau, projek ECRL berbeza kerana projek berkenaan dibiayai dengan pinjaman muda luar negara atau lebih dikenali sebagai soft loan.

Jika dimasukkan GST ke dalam urusan projek berkenaan ia akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat.

“Jika kos projek termasuk GST maka kos RM55 bilion akan melonjak ke RM58.3 bilion. Jumlah yang perlu dipinjam pun menokok hingga RM3.3 bilion walaupun akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik oleh kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.

“Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.

“Mengapa pemimpin senior Pakatan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?” kata Eric.

Beliau berkata syarikat tempatan yang melaksanakan projek untuk kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak diberi pengecualian GST akan turut membayar GST semasa menjalankan projek.

Syarikat tempatan yang melaksanakan projek untuk kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak diberi pengecualian khas GST akan turut membayar GST semasa menjalankan projek.

“Namun, syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan dan mengutip GST dari kerajaan (yang dibayar balik kepada kerajaan) tetapi boleh menuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar oleh syarikat dalam proses menjalankan projek itu.

“Akhirnya, kesemua GST yang dibayar syarikat tempatan semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh kerajaan,” katanya.

Tindakan Pakatan ini dimulakan oleh Naib Presiden PAN Husam Musa, semalam mempersoalkan sejauh mana kebenaran bahawa syarikat dari China Communications Contruction Company (CCCC) diberi pelepasan daripada membayar cukai GST.

Rujuk laporan Malaysiakini di sini :-

https://www.malaysiakini.com/news/420131

Selain itu, ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam. Pelepasan GST diberi bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Ia dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjalan yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.

Syarikat CCCC tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik GST kerana sudah diberikan pelepasan.

#GSTMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *