Aman 1Negaraku : Keselamatan Malaysia Terus Terpelihara Bersama BN

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan negara dan rakyat Malaysia dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan melancarkan Manifesto BN yang bertemakan ‘Bersama BN, Hebatkan Negaraku’.

ManifestoBN yang dijanjikan juga bukanlah satu janji-janji kosong malah lebih realistik yang mampu dilaksanakan.

Dalam pada itu,ia bukan sahaja menyentuh soal ekonomi negara dan rakyat, malah manifesto BN juga fokus kepada aspek keselamatan negara menerusi Aman 1Negaraku di bawah teras keselamatan.

Antara usaha dan inisiatif berpandangan jauh di bawah teras ini yang BN mahu laksanakan jika terus diberi mandat:-

-Menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sepanjang sempadan Malaysia – AKSEM dan AKSEMNET.

-Mentransformasi pasukan elit khas PDRM seperti Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) demi keamanan rakyat.

-Menyebarluas usaha menentang keganasan dan ekstremisme melalui Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

-Meningkatkan pembabitan masyarakat dalam pencegahan jenayah menerusi inisiatif PDRM menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.

-Menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) di bawah Kementerian Pertahanan.

-Meluaskan diplomasi pertahanan serantau dengan negara-negara jiran yang berkongsi sempadan.

-Meneruskan usaha menyebarluas idea keamanan dan kesederhanaan dalam negara dan antarabangsa menerusi penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman.

-Meneruskan usaha pemodenan PDRM ke seluruh negara.

Selari dengan manifesto BN, penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 bersama Pameran Keselamatan Antarabangsa Asia (Natsec) 2018 adalah bukti kestabilan Malaysia di rantau ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga berkata, program sebegini bukan hanya untuk menjual aset sahaja tetapi membuktikan bahawa negara kita kini berada dalam posisi yang cukup baik.

“Walaupun negara kita dilempar pelbagai tuduhan, program ini masih disambut baik oleh pengunjung luar negara dan ini sekali gus membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan tidak berasas,” katanya.

Justeru, selagi mana Barisan Nasional terus menerajui kepimpinan Malaysia, dengan izin Allah, negara akan terus aman makmur dan sejahtera malah makin berjaya di masa hadapan.

#jomBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #ManifestoBN #DSA2018

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *