AC Mizal Bengang Beg Rosak, Salahkan Servis Syarikat Penerbangan

Nampaknya isu beg pecah ini masih berlarutan dan kini mangsa seterusnya pula adalah AC Mizal yang amat marah dengan perkhidmatan Air Asia baru-baru ini.

Keadaan tersebut dikongsikan oleh isterinya, Emylia Rosnaida dalam Instagram dan terpaksa mencari beg baru untuk meletakkan pakaian. Dia benar-benar kecewa dengan kaunter khidmat pelanggan Air Asia yang seperti tidak mahu melayan dengan aduan mereka.

Foto: IG Emylia

 

Bagi mendapatkan ganti rugi pula, mereka perlu membawa beg itu semula ke Kuala Lumpur apabila pulang nanti.

Foto: IG Emylia

Netizen juga meluahkan perkara yang sama tentang perkhidmatan Air Asia yang masih tidak ditambah baik dan berharap pihak pengurusan melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak berulang.



Ada sahaja masalah servis penerbangan Air Asia. Memang tiada penyelesaian ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *