Takziah Kepada Awang Adek – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Awang Adek Hussin dan keluarga atas pemergian anak lelakinya, malam tadi.

“Terima berita Ahmad Azram, anakanda kepada Datuk Dr Awang Adek Hussin telah pulang ke rahmatullah hari ini. Takziah kepada keluarga.”

“Semoga tabah menghadapi dugaan, saya doakan roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

Ahmad Azram, 33, yang masih bujang menghembuskan nafas terakhir pukul 11.40 malam di kediamannya di Jalan Tropicana Utama, Petaling Jaya.

Jenazah Allahyarham Ahmad Azram, yang merupakan orang kurang upaya dan anak ketiga daripada lima beradik, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

— BERNAMA

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *