Sibuk Pacak Bendera Politik, Sekali Sesat Di Puncak Bukit Batu Caves

Malang nasib 20 lelaki apabila sesat selepas meletakkan bendera parti politik di puncak bukit Batu Caves, malam tadi.


Memetik Harian Metro, mereka tidak menemui jalan turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, Gombak.


Kumpulan lelaki berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat ketika cuba menuruni bukit berkenaan lewat petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad.



Foto: Harian Metro

“Mereka dikatakan mendaki bukit itu 9.30 pagi untuk memasang bendera sebuah parti, namun tidak dapat turun kerana keadaan gelap dan lampu kehabisan bateri.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang dan BBP Kepong tiba di lokasi kira-kira 10 malam dan semua mangsa berjaya diturunkan jam 12.30 tengah malam.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, semua mangsa tidak cedera, namun dalam keadaan lemah ketika dibawa turun. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *