Selalu Masuk Muka Depan, Takkan Nak Malukan Diri Sendiri Tak Bayar Cukai? – Vida

Jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi kononnya dia gagal membayar cukai pendapatan individu.

Memetik BH Online, pada Isnin lalu, Datuk Seri Dr Hasmiza atau Datuk Seri Vida diarahkan mahkamah untuk menyelesaikan bayaran berkenaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta sebelum 21 Mei depan.

Menurutnya, dia sebelum ini sudah melakukan pembayaran dan jumlah dituntut LHDN itu adalah baki cukai pendapatan individu yang tidak cukup.

“Saya bukannya tidak bayar tetapi tidak cukup bayaran yang saya sudah bayar. Itu (yang dituntut LHDN) adalah tambahan, saya lambat bayar sebab kena buat akaun sekali lagi dan ambil masa lama melakukan penelitian.

“Perbincangan akan dilakukan dengan LHDN bagi menyelesaikan kes itu di luar mahkamah seperti mana diarahkan (mahkamah),” katanya kepada NSTP.


Berikutan itu, Vida meminta orang ramai supaya berhenti membuat andaian sendiri.



Foto: IG Vida

“Saya diuji cara begini dan berharap netizen tidak buat andaian sendiri, doakan supaya kes ini dapat diselesaikan dengan mudah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *