PM Najib Jamin MARA Terus Wujud Selagi BN Memerintah Negara Ini

Perdana Menteri memberi jaminan yang MARA akan terus wujud dan dipelihara sebagai institusi kebanggaan Melayu dan bumiputera selagi negara ini diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Najib Razak menegaskan, sudah tertulis dengan jelas dalam fasal parti, bahawa hak Melayu dan Bumiputera akan diperjuang. Maka, MARA adalah badan yang penting dalam merealisasikan perjuangan itu.

Menurutnya, kelahiran MARA hari ini adalah kerana dasar dan perjuangan kerajaan yang secara berterusan menjaga kebajikan dan hal ehwal institusi tersebut demi masa depan orang Melayu dan bumiputera.

“Kewujudan MARA dekat di hati saya kerana pengasas MARA sendiri adalah bapa saya, (perdana menteri kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein). Maka pada saya, kesinambungan perjuangan terdahulu perlu dan akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada program “Himpunan Saya Anak MARA” di UniKL MIAT di Subang, semalam.

Selain itu, kata Najib, dasar bumiputera dan agenda pemerkasaan Melayu termasuk ekonomi adalah agenda nasional dan kerana itu, MARA akan terus menjadi kebanggaan negara.

Jika MARA tergelincir dalam landasan perjuangan, katanya, pastinya jutaan anak-anak kelahiran MARA termasuk yang memegang jawatan penting dalam UMNO dan BN tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku.

Beliau turut memberi gambaran bahawa situasi yang dinikmati MARA ketika ini tidak akan berlaku jika pembangkang menjadi kerajaan.

Najib dalam masa yang sama yakin angan-angan pembangkang yang mendakwa akan berlaku tsunami Melayu dalam PRU-14 ini tidak akan berlaku berdasarkan sokongan kaum majoriti itu tetap bersama UMNO dan BN.

Kalau Pakatan Harapan (PH) menang dan bentuk kerajaan, adakah Pengerusinya, Mahathir Mohamad akan sanggup mempertahankan segala perkara berkaitan orang Melayu dan agama Islam jika DAP mahu memansuhkan atau menghentikannya? Dalam PH sekarang, yang berkuasa sebenarnya adalah DAP.

Mahathir hanya diangkat menjadi calon Perdana Menteri kerana kemahuan beliau dan pembangkang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib. Mahathir ada agenda politik beliau, manakala DAP sudah diketahui mahu mencari ruang untuk melaksanakan dasar Malaysian Malaysia yang diperjuangkan mereka selama ini.

Beliau jadi pemimpin atas ihsan DAP dan pembangkang. Tidak mungkin Mahathir akan sanggup untuk menghalang hak keistimewaan orang Melayu jika DAP mahu melaksanakannya nanti jika pakatan berjaya bentuk kerajaan selepas PRU14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *