Mahathir Dan Mukhriz Akan Kalah Teruk Di Kedah

Pembangkang akan menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang jika Mahathir dan Mukriz bertanding di Kedah.

Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini mengumumkan beliau telah memilih Parlimen Langkawi untuk bertanding.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga diumum sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dan calon Parlimen Jerlun.

Turut hadir pada pengumuman itu, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon lain yang turut diumum adalah Johari Bulat bagi kerusi DUN Ayer Hangat manakala bagi calon DUN Kuah pula, Firdaus Ahmad.

Pengumuman dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di hadapan kira-kira 2,000 orang pada perhimpunan pembangkang di Padang Mat Sirat, Langkawi malam tadi hanyalah angan-angan pembangkang untuk bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Penolakan rakyat kepada kepimpinan Mahathir dan Mukriz secara langsung menyebabkan parti pembangkang itu akan ditolak secara total.Ini kerana pada PRU-13 lalu, Parlimen Langkawi dimenangi oleh Datuk Ir Nawawi Ahmad.

Beliau yang juga ketua UMNO Bahagian Langkawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi pada pilihan raya umum lima tahun lalu.

Kerusi DUN Ayer Hangat disandang oleh Datuk Mohd Rawi Abd Hamid dari BN yang mengalahkan calon PAS, Zubir Ahmad dengan majoriti 5,311 undi pada pilihan raya umum lalu.

Manakala di DUN Kuah pula, calon BN, Nor Saidi Nanyan telah menewaskan calon PKR, Datuk Ahmad Kasim dengan majoriti 6,371 undi.

Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah dua bulan lalu pernah mengatakan dengan yakinnya menjawab bahawa BN akan kekal di Kedah dengan majoriti dua pertiga.

Apabila ditanya tentang pengaruh Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak kelihatan memperkecil-kecilkannya bekas perdana menteri itu yang juga seorang anak Kedah.

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak pula mahu bersetuju dengan pandangan sekian banyak pemerhati dan penganalisis politik ketika itu bahawa negeri Jelapang Padi itu bakal jatuh kepada pakatan pembangkang yang kini dipimpin oleh Dr Mahathir.

Menurut sumber dalaman berkata, dalam sistem politik demokrasi di negara ini, sebagai pemerintah, BN mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan pembangkang.

Najib juga berkata, keprihatinan kerajaan kepada rakyat Langkawi amat jelas apabila masalah di Pulau Tuba yang sebelum ini tidak ditangani pemimpin terdahulu berjaya diselesaikannya.

Jadi, pengundi Langkawi perlu memilih sama ada untuk terus mengekalkan kuasa kepada parti yang sudah terbukti mampu membawa pembangunan di pulau peranginan itu atau terperangkap dengan sentimen terhadap pemimpin terdahulu.

Justeru, pengundi perlu bijak membuat pilihan kerana tiada individu yang dapat membawa pembangunan tanpa sokongan kuat daripada kerajaan.

#BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat#JomBN
 

 

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *