Janda, Suami Orang Tak Serik Dicekup Terlanjur

Sepasang kekasih dicekup dalam keadaan mengaibkan ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu, Rabu lalu.

 
Harian Metro melaporkan, lelaki berstatus suami orang berusia 40 tahun itu mengaku berjumpa janda anak empat berusia 46 tahun terbabit untuk memuaskan nafsu mereka.
 
 
Serbuan jam 11.30 malam itu dilakukan sebaik anggota menerima maklumat awam memaklumkan terdapat pasangan belum berkahwin berada di dalam bilik sewa. Sebaik anggota tiba di lokasi, pintu utama dibuka seorang wanita yang hanya bertuala.
 
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju.
 
“Siasatan mendapati mereka pernah dicekup sebulan lalu kerana melakukan kesalahan sama.
 
“Malah, lelaki yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa datang ke bilik sewa janda empat anak itu selepas dihubungi kekasihnya,” katanya.
 
Menurut sumber, lelaki itu mengaku mereka sering bertemu untuk memuaskan nafsu dan sering terlanjur.
 
“Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut, namun diikat jamin anak masing-masing sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu,” katanya.
 

Kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu melakukan persetubuhan luar nikah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *