DAP Cuba Larikan Diri Dari Pulau Pinang, Johor Jadi Sasaran

Sudah dua penggal, DAP menguasai Pulau Pinang dengan segala masalah telah berjaya dicipta oleh mereka dengan jayanya. Sebut sahaja apa sahaja masalah yang melanda negeri ini seperti siri banjir kilat, tanah runtuh, kejatuhan indeks pertumbuhan ekonomi negeri, siri skandal penyalah gunaan kuasa dan rasuah serta banyak lagi permasalahan yang rasanya tidak akan habis untuk diperkatakan.

Hebatnya DAP, setelah mencipta terlalu banyak masalah serta gagal menunaikan semua janji yang mereka tabur di dua Pilihan Raya Umum. untuk Pilihan Raya Umum ke 14 ini, fokus DAP nampaknya terarah kepada negeri Johor. Jika ada yang mempertikaikan kenyataan ini, lihat sahaja bagaimana Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan kepimpinan tertinggi DAP lebih banyak meluangkan masa mereka berkempen di negeri ini.

Persoalannya, kenapa Johor menjadi sasaran sedangkan sejak dua penggal lalu, DAP menguasai penuh Pulau Pinang? Kenapa Lim Guan Eng lebih berminat menumpukan ceramah politiknya di Johor berbanding cuba mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya?

Mungkin ini adalah sedikit jawapan kepada persoalan berkenaan. Apa yang cuba dilakukan DAP hari ini adalah cuba untuk menumbangkan UMNO di tanah kelahirannya sendiri. Untuk rekod, UMNO ditubuhkan di Istana Johor hasil kesepakatan Kesatuan Orang-Orang Melayu, satu ketika dahulu. Sejak Pilihan Raya Umum yang pertama, UMNO tidak pernah walau sekalipun gagal menguasai negeri Selatan Tanahair ini.

Justeru, DAP menganggap, inilah peluang terbaik mereka menumbangkan UMNO di bumi kelahiran parti berkenaan. Tambahan pula, negeri Johor bersempadan dengan Singapura di mana negara kecil berkenaan di kuasai oleh PAP, parti induk DAP. Sudah semestinya, faktor ini yang menaikkan semangat DAP untuk menguasai negeri Johor menerusi “hamba suruhannya” pada PRU kali ini.

Malah, DAP dan rakan pakatannya yang lain tanpa segan silu menyasarkan Johor antara negeri yang wajib mereka tawan. Mungkin, secara matematiknya, jika mereka menawan Johor, tugas mereka untuk merampas Malaysia dari tangan BN agak cerah kerana Johor menyediakan 26 buah kerusi Parlimen, negeri kedua terbanyak selepas Sarawak.

Sudah tentu, atas faktor ini, DAP mahukan penguasaan di negeri Johor walaupun menyedari, dalam beberapa faktor termasuk faktor istana, peluang DAP menguasai negeri ini agak tipis. Namun, ianya tidak menghalang buat DAP dan sekutunya dari menawan antara kubu kuat BN pada PRU kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *