Belasah Monaco 7-1, PSG Raih Gelaran Juara Ligue 1 Dengan Bergaya

PARIS SAINT GERMAIN (PSG) memenangi gelaran Ligue 1 dengan keputusan bergaya 7-1 selepas menumbangkan juara bertahan Monaco di Parc des Princes.

Aksi hebat daripada PSG memberikan kelebihan 17 mata kepada kelab milik Qatar itu berbanding Monaco di tempat kedua.

Giovani lo Celso dan Angel di Maria kedua-duanya menjaringkan gol dua kali manakala Edinson Cavani dan Julian Draxler masing-masing menghadiahkan satu gol.

Manakala, Radamel Falcao dari Monaco menjaringkan gol sendiri ketika Rony Lopes menjaringkan gol untuk Monaco dalam pertandingan satu-sisi.

PSG turut membelasah Monaco 3-0 pada perlawanan akhir Piala Liga Perancis bulan lalu dan pertarungan kali ini disifatkan lebih garang.

Kelab yang dipimpin oleh bekas bos Sevilla, Unai Emery itu terikat dengan kontrak selama dua tahun dan berjaya membuktikan kemampuannya di PSG untuk membawa pulang gelaran juara.

Namun, PSG yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara ketika menentang Real Madrid menimbulkan tanda tanya tentang masa depan jurulatih tersebut.

Dijangkakan Emery akan meninggalkan PSH pada penghujung kempen dan khabar angin mengatakan bekas bos Borussia Dortmund, Thomas Tuchel pula yang akan menggantikan tempatnya kelak. – BBC Sport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *