Badan NGO Mahu Tahu Status Notis Merah INTERPOL Clare Recastle Brown

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan gerakan memburu pemilik portal fitnah Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown untuk didakwa membuat berita palsu menjejaskan situasi politik, ekonomi dan kestabilan di negara ini.

Presidennya, Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini turut meminta pihak polis menjelaskan apa status permohonan Notis Merah yang dibuat kepada Polis Antarabangsa (Interpol) di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi Clare ke Malaysia.

Pada 2015 ketika di bawah petadbiran bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Polis memperoleh waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di Kuala Lumpur ke atas editor portal berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan dan Seksyen 124 akta yang sama pad 4 Ogos.

“Pihak polis perlu menjelaskan kepada orang ramai apakat status Red Alert yang dipohon kepada Interpol untuk buru Clare, editor portal yang banyak memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Persepsi rakyat ke atas kerajaan rosak disebabkan laporan portal berkenaan dalam isu 1MDB dan kerajaan dikecam oleh sebab fitnah yang tidak ada bukti yang kukuh hanya daripada artikel fitnah portal berkenaan,” kata Ramesh.

Pada September 2015, polis membuat permohonan semula untuk tujuan itu mengeluarkan Notis Merah berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai kepentingan dalam kes ini hendak tahu, apakah status Notis Merah, Red Alert ini sekarang?,” katanya.

Ramesh berkata, SR membuat fitnah mencipta kontroversi menuduh kerajaan melesapkan wang rakyat, daripada tuduhan mengambil wang dari 1MDB sehingga dakwaan KWSP ada melenyapkan dana untuk kempen PRU14 Barisan Nasional (BN).

Tuduhan SR bahawa Najib mengambil RM2.6 bilion dari 1MDB adalah tidak berasas dan hasil siasatan SPRM sudah terbukti ia adalah wang derma dari Keluarga Diraja Arab Saudi.

SR juga buat fitnah dengan menuduh Presiden PAS menerima rasuah RM90 juta daripada Najib dengan menggunakan wang 1MDB.

“Begitu banyak fitnah yang dibuat oleh portal berkenaan dan pihak polis mesti memburu Clare dan dibawa ke Malaysia untuk didakwa dan dibicarakan atas kesalahan yang dilakukannya kepada negara ini,” kata Ramesh.

Beliau berkata, dengan pihak polis ketika ini ditadbir oleh Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihak berkenaan perlu memberikan maklumat kepada orang ramai apakah status terkini notis merah itu.

Clare perlu memberikan penjelasan dan menjawab dakwaan serta tuduhan ke atasnya kerana ia penting untuk menjernihkan fitnah yang sudah dibuat oleh pihaknya kepada kerajaan, pemimpin dan rakyat di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *