TPM Lancar Manifesto BN Melaka

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Melaka bertemakan’Bersama Mencipta Kegemilangan’ untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini.

Ketibaan Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis tepat pukul 9 malam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Dataran Keris di sini disambut barisan kepemimpinan negeri dan pemimpin peringkat bahagian seluruh negeri dan ribuan penduduk.

Memetik sumber, Lima teras tersebut adalah tumpuan kepada golongan belia bagi melahirkan kumpulan berkemahiran dan legasi masa hadapan; kaum wanita yang akan diperhebat dan dimartabat; orang kurang upaya (OKU) yang akan terjaga dan terbela; warga emas yang terus dihormati dan dihargai serta masyarakat Orang Asli yang mendapat pendidikan dan berkemajuan.

Manifesto BN Melaka juga meliputi 62 inisiatif untuk rakyat dan pembangunan negeri Melaka antaranya bidang kebajikan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, ekonomi dan pelancongan.

Apa yang dilihat Manifesto BN negeri menampilkan lima teras dan mengandungi 62 inisiatif sebagai gagasan membantu serta terus memajukan Melaka sebagai sebuah negeri maju serta pada masa yang sama tidak meminggirkan aspek pemuliharaan alam sekitar.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *