PRU-14 : Kerap Banjir, DAP Bersikap Lepas Tangan

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, punca utama banjir di sekitar pusat bandar terutamanya Datuk Keramat dan Jalan P. Ramlee ialah kerana masalah di Sungai Pinang.

Menurut sumber dalaman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bersikap lepas tangan apabila mendakwa banjir yang kerap berlaku di negeri ini sehingga menjejaskan ribuan penduduk disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan yang tidak menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sepatutnya melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang.

“Setiap kali hujan lebat, saya tidak boleh tidur kerana risau banjir, sepatutnya Kerajaan Persekutuan laksanakan projek berkenaan,” katanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini mengesahkan sebanyak 119 kejadian banjir direkodkan belaku di negeri ini sejak 2013 hingga Oktober tahun lalu dengan kejadian banjir terburuk berlaku pada November tahun lepas.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini meluahkan kebimbangan apabila terlalu banyak kelulusan diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk projek pembangunan di lereng bukit sekali gus menyumbang kepada masalah banjir dan tanah runtuh.

Sejak 10 tahun mentadbir negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah meluluskan 39 projek di lereng bukit berbanding hanya empat oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ketika melawat negeri ini.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *