Mahathir Nafi Miliki Saham The Loaf

Tun Dr Mahathir Mohamad yang menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi baru-baru ini, menjelaskan beliau tidak memiliki saham dalam kedai roti premium, The Loaf.

Katanya, beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saham itu dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat terbabit ketika menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas ceramah umum di Bukit Tangga di sini malam tadi.

Dr Mahathir mengulas laporan The Loaf menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Memetik satu sumber, penutupan itu disiarkan menerusi satu notis yang dimuatnaik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.

Dalam pada itu, ia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggannya di atas sokongan diberikan kepada mereka sepanjang 12 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *