LHDNM Teruskan Program Tanggungjawab Sosial

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) semakin aktif mendekatkan diri dengan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti program tanggungjawab sosial yang dijalankan.

Kesinambungan usaha LHDNM dalam mendekati dan membantu rakyat diteruskan dengan penyerahan sumbangan lima unit alat bantuan mengajar kepada empat buah sekolah terpilih dan Jabatan Pendidikan Daerah di sini pada hari ini.

Program Tanggungjawab Sosial (SR) ini dianjurkan bersempena dengan penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Bersepadu Sempena Program Jalan Kaki Terjauh (JKT) 1600 Kilometer Malaysia Book Of Records LHDNM 2018 yang baru sahaja dilancarkanpada 12 April 2018 baru-baru ini.

Setelah menempuh empat hari perjalanan sejauh 170km, peserta program JKT kini tiba di LHDNM Cawangan Bukit Mertajam untuk bersama-sama menyempurnakan program SR ini.

“LHDNM sedar bahawa semua dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan di sektor awam adalah bertujuan untuk memudahkan urusan rakyat dan LHDNM memilih untuk memberikan khidmat extra miles dan berusaha menjadikan program-program tanggungjawab sosial LHDNM berkesan dalam mendekatkan LHDNM di hati setiap rakyat”, ujar Cik Halijah binti Bulat, Pengarah LHDNM Negeri Pulau Pinang dalam ucapannya.

Turut hadir sama di program ini ialah YBhg. Datuk Hj Mohd Zaidi bin Hj Mohd Said, Penyelaras Parlimen Permatang Pauh dan Encik Chakngari @ Yusof Bin Daud, Pengarah LHDNM, Cawangan Bukit Mertajam dan pegawai-pegawai LHDNM.

Menimbas kembali pada 9 April 2018, LHDNM baru-baru ini telah melancarkan Program Jalan Kaki 1600 Kilometer Malaysia Book Of Records LHDNM 2018 di LHDNM Cawangan Ipoh pada 9 April 2018.

Sepanjang program ini berlangsung, ia akan diisi bersama Program CSR ke sekolah-sekolah terpilih dan Program Hasil4u untuk memberi kesedaran cukai di empat check point yang akan dilalui oleh peserta Jalan Kaki Terjauh ini antaranya adalah Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *