Benarkah Shahrizat Bakal Bertanding Kerusi Parlimen BTR?

SUDAH banyak gembar-gembur berkenaan kerusi yang bakal ditandingi Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau pernah dilaporkan bakal bertanding di kerusi Pantai Dalam, Kuala Selangor dan lain-lain lagi.

Kini beliau dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14 pula. Kali ini portal pro pembangkang mendakwa mendapat kisah tersebut dari sumber seorang ahli Majlis Tertinggi Umno.

Kononnya nama Shahrizat “hampir dimuktamadkan” pucuk pimpinan parti dan surat watikah mungkin dikeluarkan minggu depan. Sumber itu yang enggan dinamakan bagaimanapun berkata, ada keraguan mengenai peluangnya bertanding di kawasan majoriti Melayu disebabkan kaitannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Di sini wujud keraguan laporan portal pro pembangkang tersebut memandangkan nama Tan Sri Shahrizat sudah dibersihkan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membersihkan namanya daripada sebarang pembabitan dalam kontrak RM250 juta dan pinjaman kepada NFC.

Laporan portal pro pembangkang tersebut dilihat lebih menjurus kepada menekankan seolah-olah Shahrizat masih terpalit dengan skandal NFC walaupun mahkamah telah membebaskan beliau dari tuduhan tersebut.

Mereka tahu bahawa pembangkang tidak pernah berminat mahu tahu jawapan atau kebenaran sesuatu perkara. Skandal dan fitnah masih menjadi pilihan utama mereka.

Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno Bahagian Kepong, ditewaskan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU 2008

Bandar Tun Razak pula adalah kerusi tradisi MCA. Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar pernah berharap kerusi itu akan diberikan kepada Umno.

Rizalman turut dikatakan berhasrat bertanding di kerusi itu. Bagaimanapun, selepas ditahan dalam satu serbuan SPRM dan polis 2 minggu lalu, peluangnya dicalonkan tipis. Saringan awal air kencingnya menunjukkan beliau positif dadah, tetapi namanya dibersihkan selepas ujian patologi oleh Hospital Kuala Lumpur.

MCA kehilangan kerusi Bandar Tun Razak kepada bekas calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2008 dan beliau berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2013 dengan majoriti besar 11,832 undi.

Semua pihak sepatutnya menunggu keputusan rasmi dari presiden parti Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan nama-nama calon.  Mereka perlu menumpukan sepenuh tenaga untuk menguatkan dan memenangkan parti.

 

 

#HarapanBohong
#HarapanFitnah

#BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *