Terdengar Bunyi Pelik,Rupa-rupanya…

Mayat seorang lelaki yang dikenali Abdul Razak Othman, 24, hanya ditemui pengguna jalan raya hampir dua jam selepas kemalangan berlaku pada 6.30 pagi semalam.

Lelaki itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Ulu Melaka, Langkawi selepas motosikal ditunggangi terbabas ke dalam semak samun, hari ini.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Dr Che Ghazali Che Awang berkata, mayat mangsa yang menetap di Kampung Nyiur Chabang ditemui orang awam pada 8.15 pagi.

Menurutnya, sebelum itu penduduk yang tinggal berdekatan tempat kejadian memaklumkan ada terdengar bunyi pelik, namun tidak menemui kenderaan mangsa.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Ulu Melaka ke Padang Matsirat.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai terbabas ke dalam semak di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, berikutan kemalangan itu mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat.

“Siasatan juga mendapati motosikal yang ditunggang mangsa rosak di bahagian hadapan. Pada masa sama, tiada sebarang kesan kemalangan ditemui di atas jalan,” katanya.

Bagaimanapun, jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *