Stres Belajar, Anak Tetak Bapa Guna Pemotong Daging

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhanmemukul dan menetak ayah sendiri.

Utusan Online melaporkan, Mehamad Salmi Che Kob, 35, melakukan perbuatan tersebut terhadap Che Kob Husin, 66, dengan menggunakan tukul dan pisau pemotong daging di dapur rumah yang masih dibina di Kampung Kuala Besar, kira-kira pukul 10 pagi, 5 April lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Ra-ya, Hajarul Falena Abu Bakar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebatan.

Mengikut pertuduhan, Mehamad Salmi sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap ayah kandungnya sendiri.

Mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Pe-rempuan Zainab II.

Mata sebelah kanan mangsa terpaksa dibuang kerana terkena jangkitan kuman.

Difahamkan, suspek mula mengalami tekanan semasa belajar dalam bidang Usuluddin di sebuah universiti swasta namun tidak mendapat rawatan sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *