Spy Dalam Pas Kini Jadi Calon PAN

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pada majlis ceramah perdana di Hutan Kampung dekat Alor Setar malam tadi diumumkan antara 13 orang calon dari parti PAN (Parti Amanah Negara) yang akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Presiden parti PAN (Parti Amanah Negara) Mohamad Sabu berkata, calon-calon itu akan bertanding di 13 kerusi merangkumi tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berdasarkan agihan kerusi Parlimen pakatan harapan (PH), Pokok Sena adalah kawasan yang bakal ditandingi oleh PAN.

Sebelum ini, Mahfuz menjadi wakil rakyat kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon Barisan Nasional pada 2004.

Susulan pemilihan PAS pada 2015, beliau dilihat semakin rapat dengan pemimpin parti PAN di samping gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS,iaitu Pakatan Harapan.

Akhirnya Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengumumkan keluar PAS pada detik terakhir tahun 2017 selepas 34 tahun menjadi ahli parti.

Mahfuz juga tidak ada dalam senarai calon yang disediakan PAS Kedah bagi mewakili parti itu pada pilihan raya akan datang.

Pas juga sebelum ini menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang mengumumkan keluar parti umpama seperti ‘mencabut duri dalam daging’ dan tidak memberi kesan kepada parti itu.

Perkara itu tidak hairan lagi kerana beliau dikatakan sering lantang mengkritik parti sendiri mengesahkan keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil bebas, sekaligus memperlihatkan pemimpin itu tiada pendirian tetap dalam kepimpinan parti dan tidak sepatutnya dijadikan calon untuk wakil parti.

Bagaimanapun,dengan pertandingan tiga penjuru UMNO juga berpeluang luas untuk menawan kerusi Pokok Sena dari Mahfuz yang dikatakan lebih sibuk bising di Parlimen daripada menyibukkan diri untuk lihat muka rakyat yang beri undi pada beliau.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *