Salah Bukan Untuk Dijual

JURGEN Klopp menegaskan bintang sensasi Liverpool Mohamed Salah tidak akan dijual kepada mana-mana kelab pada musim panas ini.

Sekiranya Salah menjaringkan gol ke atas Bournemouth Sabtu ini, dia akan menjadi pemain pertama Liverpool sejak Ian Rush pada 1987 yang menjaringkan 40 gol dalam satu musim.

Ekoran prestasi menakjubkannya itu, Salah kini dalam radar Real Madrid yang pernah dikaitkan dengan bekas pemain Roma itu sejak Krismas lalu.

Namun sejak bulan lalu, Liverpool menegaskan mereka tidak akan melayan segala bidaan terhadap Salah.

Liverpool mempunyai hubungan akrab dengan ejennya, Ramy Abbas dan sering mengkaji semula kontrak Salah.

Terbaharu, Klopp dalam satu temubual bersama akhbar Jerman, Sport Bild berkata, dia yakin Salah akan memilih untuk kekal di Merseyside.

“Saya tahu Mo selesa di sini. Dia tahu cara permainan kami dengan baik. Jadi saya tidak bimbang mengenai khabar angin mengenai perpindahannya,” kata Klopp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *