Neelofa Diperli Di Billboard

Hari ini, semakin ramai berlumba-lumba mengeluarkan produk kecantikan mereka sendiri. Jika dilihat, lambakan papan tanda iklan di tepi jalan kebanyakannya dimonopoli oleh iklan produk kosmetik.

Kita boleh lihat pelbagai strategi promosi digunakan bagi meraih perhatian pengguna, sekali gus melariskan jualan produk mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini syarikat kosmetik tempatan, JenamaSendiri.com secara terbuka mengaibkan usahawan, pelakon dan pengacara Neelofa.


Foto: IG Neelofa

Memetik Hangat.com, papan tanda yang dipasang di Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor, jelas memaparkan mesej sinis syarikat berkenaan terhadap pengacara MeleTOP itu.

Walaupun tidak menggunakan nama Neelofa sepenuhnya, namun umum pasti tahu penggunaan nama ‘Lofa’ ditujukan buat siapa, bukan?




“Dear Lofa, sesungguhnya Zoo lebih mulia daripada Zouk. Dakwah ikhlas daripada JenamaSendiri.com,”
 tulisnya.


Tindakan melampau itu dilihat seperti syarikat terbabit ingin mengambil kesempatan di atas kontroversi melanda Neelofa sebagai strategi pemasaran syarikat mereka.





Rata-rata netizen menyifatkan tindakan itu melampau kerana menggunakan masalah orang lain untuk meraih publisiti.




Foto: IG Hangat.com

Persoalannya sekarang, bagaimana papan iklan itu boleh diluluskan pihak berkuasa? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *