Maza Dan Siti Kasim Sama Saja

RAKYAT Malaysia tahu bahawa Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dan peguam pro pakatan Siti Kasim ini sama sahaja dari segi cubaan untuk merosakkan pemikiran umat Islam dengan komen-komen yang sentiasa menyebelahi pembangkang.

Oleh itu “krisis” diantara MAZA dan Siti Kasim dilihat sebagai lakonan untuk meraih populariti semata-mata. Kedua-dua mereka ini hanya berfungsi merosakkan negara dan rakyat.

Portal pro pembangkang melaporkan MAZA hadir memberi keterangan dalam sidang siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kes kehilangan Amri Che Mat, pengasas NGO Perlis Hope dan dua individu lain. Bagaimanapun, ketika inkuiri berlangsung, percubaan Siti Kasim yang mewakili Majlis Peguam membangkitkan unsur ekstrem dalam fahaman Sunni sewaktu soal balas dengan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin itu telah mencetuskan ketegangan.

Dalam hantaran terbaru MAZA di Facebook, kononnya beliau cuba menggambarkan pengalaman beliau bersoal-jawab dengan peguam hak asasi manusia, Siti Kasim pada sesi inkuiri Suhakam itu.

“Saya tidak hairan apabila menerima beberapa soalan ‘tidak cerdik’ dari seorang yang pernah membicarakan tentang Tuhan dan ‘getaran’.

“Jika dalam bab ketuhanan yang merupakan asas kewujudan insan dia gagal berfikiran seimbang, apatah lagi bab yang lain,” kata MAZA.

Tanpa menyebut nama, beliau menzahirkan rasa hairan terhadap seseorang dengan latar belakang undang-undang tetapi disifatkan beliau sebagai dangkal.

“Namun, saya agak hairan apabila seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang seperti dia itu sangat dangkal tahap pengetahuan asas bagi istilah-istilah yang dia gunakan sendiri.

“Dia bercakap dengan istilah yang dia sendiri tidak faham. Kemudian dia beraksi untuk memberikan tafsiran berkaitan agama,” kata MAZA.

Beliau turut mempersoalkan kenapa pertubuhan berkaitan undang-undang memilih seorang yang ‘ganjil’ sebagai wakil mereka.

“Apakah jika hanya kerana seseorang itu ‘ganjil’ pada penampilan dan songsang pada pemikiran maka dia pun ditabalkan oleh pertubuhan yang berkaitan undang-undang sebagai wakil mereka.

“Sudah tiada orang lainkah yang mempunyai nilai pekerti dan kesopanan sebagai manusia berpendidikan untuk diwakili? Sudah habiskah rakyat dalam negara ini?” Soal beliau lagi.

Ekoran hantaran FB Asri itu, tidak lama kemudian peguam Siti Kassim memuat-naik hantarannya pula dipercayai ditujukan kepada Mufti Perlis itu.

“Ada orang tu bila kalah dalam sidang, dia balik dok ngumpat-ngumpat dekat FB dia .

“Terserlahlah pekung habit pembulinya – dia tak dapat menang hujah, dia pun main mengejek dan tohmah orang yang dia tak boleh nak jawab dalam sidang.

“Itu kah yang konon intelektual sangat. Low class punya level adalah,” tulis Siti Kassim.

Rakyat tahu bahawa MAZA sentiasa membuat kenyataan yang bertujuan untuk menghalalkan tindak-tanduk pakatan diketuai DAP. Dan beliau mendiamkan diri dari mempertahankan tindakan kerajaan yang membela agama Islam.

Beliau pernah membuat kenyataan berkenaan anjing yang mengundang kemarahan rakyat. Menurut sumber, MAZA menegaskan kononnya menyatakan haram apabila (dalam kalangan individu muslim) memegang atau menyentuh anjing atas alasan ianya bersifat najis merupakan kesimpulan hukum yang cetek. Ketika ini NGO yang menyokong pembangkang “ghairah” mempromosikan agar orang Islam memegang anjing.

Malah beberapa page Facebook mendedahkan berkenaan tindakan MAZA yang dikatakan menyinggung perasaan umat Islam memandangkan beliau sentiasa menyokong salahlaku DAP yang cuba menindas agama rasmi negara.

Oleh itu, tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa MAZA dan Siti Kasim ini sama saja. Species yang merosakkan agama.

https://www.facebook.com/bongkarMAZA/

#jomBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *