Lagi Berita Palsu, Warga Pontian Pula Jadi Mangsa

Berita kononnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengunjungi Pasaraya Econsave Pontian telah menyebabkan orang ramai menyerbu tempat berkenaan.

 
Dianggarkan lebih dari seribu pengunjung menanti dengan penuh harapan agar TMJ datang dan membayar segala barangan yang dibeli seperti mana yang berlaku di Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru.
 

<

Sinar Harian melaporkan, orang ramai telah memenuhkan troli dengan pelbagai barangan yang kemudiannya dibiarkan begitu sahaja.
 
Sementara itu pertambahan kenderaan yang mendadak ke pasar raya itu menyebabkan anggota polis terpaksa ditempatkan bagi mengawal lalu lintas.
 
Menurut Pengurus Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam, dianggarkan 300 troli dibiarkan selepas dipenuhkan dengan pelbagai barangan.
 
Pihaknya juga sudah menghubungi polis bagi mendapatkan pengesahan TMJ yang kononnya datang pada pukul 12 tengah hari namun segala-galanya adalah palsu.
 

Foto: Sinar Harian
“Lebih teruk lagi, masih ada yang percaya TMJ akan datang walaupun pengumuman berita tular itu palsu telah dibuat berulang kali,”tambahnya.
 
Sebelum ini satu pesaran suara seorang lelaki yang tidak dikenali tular, mendakwa TMJ akan ke setiap daerah di Johor untuk belanja rakyat.
 

Dia juga mendakwa TMJ bawa RM10 ribu dan memperutukkan RM200 kepada setiap keluarga yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *