Kes Buka Puasa Sup Babi: Vivian Lee Didenda RM5,000

Pada tahun 2013, umat islam pernah dikejutkan dengan tindakan blogger kontroversi, Alvin Tan dan bekas teman wanitanya, Vivian Lee, yang didakwa mempersenda umat Islam pada Ramadan apabila perbuatan meraka yang menghina dan menyindir sensitiviti agama serta umat Islam negara ini.

Memetik sumber,baru-baru ini,Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin menyatakan akan memfailkan rayuan selepas Vivian Lee, bekas teman wanita kepada blogger anti Islam, Alvin Tan yang disabitkan dengan pertuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut yang mempersenda agama Islam di laman Facebook mereka, terlepas hukuman penjara.

Menurut laporan Malaysiakini, hukuman penjara Vivian digantikan dengan hukuman denda RM5,000 selepas Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan membenarkan rayuan wanita berkenaan untuk menggantikan hukuman penjara dengan denda dan menolak rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh pemenjaraan daripada lima bulan 22 hari kepada penjara setahun.

Vivian dan Alvin didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut iaitu gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan!!!)’ yang mengandungi logo halal di laman Facebook mereka iaitu ‘Alvin dan Vivian-Alvivi’.

Secara keseluruhannya, semua orang mengetahui perkataan dalam laman facebook iaitu ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ membawa maksud kepada sup tulang babi dan sedia maklum ia bukan untuk umat Islam.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada jam 9 pagi 13 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Alvin melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia. Lelaki yang pernah melanjutkan pelajarannya di Singapura itu sering berbangga dengan kerjanya sebagai pelakon porno di sana.

Sebelum ini, mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook itu mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *