Kereta Lambat Dibaiki, Lelaki Amuk Bakar Bengkel

Gara-gara keretanya lewat dibaiki, seorang lelaki bertindak membakar sebuah bengkel di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 35, Shah Alam.

 
Harian Metro melaporkan, suspek membaling botol berisi petrol sehingga mengakibatkan tiga kenderaan terbakar.
 
Tidakan tersebut dilakukan pada 4 pagi semalam namun tindakan pantas polis berjaya mengesan suspek yang pulang ke rumah pada pukul 5.15 pagi.
 

 

ACP Baharudin Mat Taib berkata, “Motif kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana keretanya lewat dibaiki bengkel berkenaan.”
 
Kes disiasat di bawah  Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. 
 

iga kereta yang terbakar adalah BMW, Proton Wira Aeroback dan van Nissan Vanette.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *