Hanya Kerana DAP, Semua Melayu Pembangkang Yang Lain Jadi “Keldai”

Berbaris-baris hujah dilontarkan oleh penyokong Pakatan Harapan diketuai DAP apabila mereka melihat kerajaan Malaysia mengadakan hubungan dua hala dengan kerajaan China yang secara jelasnya sejak berabad lagi telah mengamalkan dasar  pemerintahan komunis.

Kedangkalan penyokong dalam sejarah hubungan dua hala  diantara kedua Negara ini iaitu Malaysia dan China telah menyebabkan setiap hujah yang dilontarkan bersifat sampah. Hanya kerana politik penyokong Melayu Islam ini cuba mengubah sejarah. Hanya kerana DAP.

Agenda penghapusan  sejarah bangsa ini dilakukan adalah berkaitan dengan agenda yang telah diilhamkan oleh Kuan Yew dimana DAP sebagai anak kelahiran PAP akan membawa satu agenda besar untuk menguasai Malaysia yang dinamakan Malaysian Malaysia.

Agenda ini terus dihidupkan oleh DAP semenjak ianya bertapak sebagai sebuah parti politik di Malaysia pada tahun 1965. Sejak itu DAP terus memainkan peranannya mencipta propaganda untuk melakukan hasutan serta  mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia untuk bersama dalam Malaysian Malaysia.

Di dalam Malaysian Malaysia, agenda untuk menghapuskan Hak Hak orang Melayu dan Islam diperkemaskan lagi dengan mencari sokongan orang Melayu sebagai senjata utama untuk serangan terhadap Melayu yang mempertahankannya.

Sebagaimana PAP   yang mempunyai hubungan baik dengan komunis dan telah mendapat sokongan Chin Peng dalam mengwujudkan elemen komunis dan pro komunis didalam PAP. Dasar-dasar kuku besi dan diktator tidak pernah padam dalam kehidupan politik DAP.

Kaedah “ Gunakan senjata yang dipinjam untuk membunuh” dipergunakan dengan sebaiknya oleh DAP terhadap agenda penghapusan Hak Hak orang Melayu di Malaysia. Melayu yang bersama DAP terutama Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz,  dan keluarga Anwar Ibrahim dipergunakan sebaiknya.

Hari ini pemimpin DAP  yang masih menjadikan Kuan Yew  sebagai mentor tidak pernah padam dalam lubuk hati mereka. Kit Siang merupakan orang kepercayaan Kuan Yew ketika berada didalam PAP. Dasar kronisme diperkemaskan dengan meletakkan  anak Kuan Yew  sebagai Perdana Menteri Singapura.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh pemimpin dictator DAP  yang bernama Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agong yang amat berkuasa didalam  Organisasi. Kaedah ini adalah sama dengan apa yang dilakukan dan diamalkan oleh Parti Komunis Malaya dimana jawatan Setiausaha Parti adalah mempunyai kuasa tertinggi.

Masih lagi mahu nafikan kenyataan ini, seharusnya orang Melayu  sedar bahawa bukan setiap kata-kata DAP itu menjurus kepada kebaikan, malah kata-kata DAP hanya berkisar kepada penipuan dan menjajah minda yang lemah dikalangan Melayu yang gilakan kuasa dan pangkat.

Konon melaungkan demokrasi, tapi sebenarnya DAP lah parti yang paling mengamalkan pentadbiran kuku besi. Tak percaya? Lihat saja senarai pemimpin Pakatan yang jadi mangsa kuku besi parti milik anak beranak Dinasti Lim ini.

Demokrasi itu hanya wujud dikalangan pemimpin kuat DAP sahaja dan tidak kepada pemimpin yang lain, percanggahan pandangan dalam DAP dilihat satu bentuk penentangan dilakukan kepada mereka. Penentangan ini harus dihapuskan  dari dalam DAP.

DAP adalah Kit Siang dan Kit Siang adalah DAP, itu sebenarnya, akan tetapi hasut kebijaksanaan politik Kit Siang dia telah menggunakan segala kuasa yang ada untuk terus menguasai segalanya. Tiada istilah demokrasi dalam DAP sebenarnya.

Contoh paling dekat, ADUN Pakatan di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir DAP sejak 2008. ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu ‘angkat kaki’ selepas asyik ditekan Lim Guan Eng selepas dia membangkitkan isu tanah runtuh.

ADUN Penanti dari PKR, Norlela Ariffin juga ‘dimangsakan’ selepas membangkitkan isu kilang haram. Sebelum ini, bekas ADUN Jawi, Tan Beng Huat juga pernah dedahkan bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah punca dia meninggalkan DAP.

Bukan saja di Pulau Pinang. Beberapa pemimpin DAP di Melaka turut ‘angkat kaki’ sebab muak dengan anak beranak Lim ini. Mereka ialah MP Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.

Terbaru ialah  Dr Tan Seng Giaw yang digugurkan sebagai calon PRU14 gara-gara pertahankan DS Najib isu 1MDB. Inilah wajah sebenar DAP. Tiada istilah kebenaran dan perbincangan atau melakukan kebaikan, semuanya hanya kuku besi.

Kelantangan  Giaw mempertahankan pendapat dan kebenarannya harus dipuji dan baru baru ini  beliau telah  mempertahankan dasar sistem percukaian  GST yang dilakukan oleh kerajaan sebenarnya adalah satu sistem yang terbaik.

Hasil tindakan ini sudah pastinya kemarahan DAP terhadap Dr Tan Seng Giaw semakin membara selepas MP Kepong tersebut mengatakan bahawa GST adalah  satu sistem percukaian yang istimewa yang mana GST juga akan diteruskan oleh Pakatan bila memerintah Negara (Nauzubillah).

Bukan itu saja, Seng Giaw dengan sinisnya memperli  hasrat Pakatan yang kononnya hendak mansuhkan GST kalau menang PRU14 –  dengan kembali mempersoal bagaimana dengan pendapatan negara dan keperluan ia dihapuskan di kala lebih 170 negara mengamalkan GST.

Tidak ada  dalam sejarah politik DAP pernah suka mana-mana ahli dan pemimpinnya yang mempersoal agenda parti dan menyebelahi pihak kerajaan. Itulah nasib Seng Giaw apabila menegaskan PM Najib Razak tidak terlibat dengan skandal 1MDB, yang akhirnya menyebabkan dirinya disisihkan sebagai calon MP Kepong pada PRU14.

Jasanya selama 8 penggal mempertahan kerusi DAP di Kepong akhirnya menjadi sia-sia hanya kerana prinsip yang dipegangnya. Istilah jasa bagi DAP ialah menjadi kuda tunggangnnya dan hanya  mengangguk setiap keputusan yang dilakukan.

Apakah DAP akan bertindak memecat keahlian Seng Giaw apabila MP itu mengkritik lantang tindakan DAP yang sekelip mata membuat keputusan menggunakan logo PKR semasa PRU14? Tokong Kit Siang dan Guan Eng ‘confirm’ tak senang duduk ada ahli yang tak sehaluan dengan mereka.

Kalau penyokong Pakatan rasa tiga parti dalam gabungan itu ikhlas ‘berkorban’ menggunakan logo PKR untuk bertanding dalam PRU14, tanggapan itu memang silap sama sekali.

Hakikatnya, PAN semakin mundur ke belakang seolah-olah peranannya tak diakui sebagai parti politik, dan hanya bergantung kepada parti yang lebih matang darinya.

Lebih malang, PAN hanya mengikut keputusan DAP yang menjadi peneraju utama Pakatan. Situasi ini akhirnya akan membawa persoalan kepada masa hadapan parti pimpinan Mat Sabu itu selepas PRU14, apatah lagi kerusi Pakatan pun masih belum dimuktamad sehingga kini, dan semestinya Pakatan perlu mendahulukan parti-parti yang senior.

Dengar cerita ahli-ahli PAN pun ramai dah mengamuk dengan pimpinan Pakatan kerana sekadar beri kerusi yang ‘susah-nak-memang’. Sememangnya dah nampak jelas.

PAN bukanlah parti utama dalam Pakatan dan tak beri kesan langsung kepada gabungan itu. Sekadar hanya nak tarik undi Melayu untuk kuatkan pengaruh DAP sahaja. Mat Sabu harus ingat PAN hanya parti balaci.

  • pru14.tv

#jomBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *