Enggan Menari, Penyanyi Hamil Mati Ditembak Tetamu Mabuk

Seorang penyanyi wanita di Selatan Sindh, Pakistan ditembak mati gara-gara menolak permintaan seorang tetamu untuk berdiri semasa melakukan persembahan.


Samina Samoon, 24 dibunuh oleh Tarique Ahmed Jatoi setelah mangsa menolak ajakannya untuk menari bersama dalam satu majlis perkahwinan.

Media tempatan melaporkan suspek yang dipercayai mabuk, sebelumnya turut melemparkan wang kepada mangsa yang sedang hamil enam bulan itu.


Rakaman insiden berkenaan telah dimuat naik di Twitter milik seorang aktivis hak asasi manusia, Kapil Dev.

Samoon yang dikejarkan ke Hospital Chandka gagal diselamatkan berikutan kecederaan parah yang dialaminya.


Suami Samoon yang sudah pun membuat laporan polis berkata,


“Isteri saya yang sedang hamil enam bulan dan suspek perlu didakwa atas dua kesalahan membunuh.


“Samoon enggan menari kerana dia hamil tetapi suspek tetap membunuhnya kerana enggan menari.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *