DAP, PKR Layan PAN  Macam Anak Tiri Dan Hamba

Disebalik keseronokan dan keghairahan pembangkang menggunakan satu logo dalam pilihanraya kali ini tidak seperti yang ada didalam Pakatan. Keseronokan ini hanya ditunjuk tunjuk sahaja untuk menutup kemelut yang berlaku dalam Pakatan.

Keretakan yang berlaku apabila PAN kini hanya dilihat sebagai melukut ditepi gantang sahaja, ada tak bertambah  tiada tak berkurang lagaknya. Jadi PAN  juga boleh dikatakan hanya balaci suruhan semata mata dan tiada berkepentingan.

Semakin lama semakin dilihat keretakan yang berlaku dalam Pakatan. Diantara mereka pemimpin pemimpin Pakatan hanya ada agenda untuk menumbangkan diantara satu dengan yang lain.  Dihadapan mereka kelihatan begitu erat tetapi menikam sewaktu berada dibelakang.

Sikap setiakawan langsung tidak pernah wujud dalam Pakatan. Tidak pernah berlaku dalam  sejarah Pakatan dimana pemimpin mereka akur dengan setiap perancangan yang telah dibuat. Ini adalah kelemahan yang paling ketara.

Jadi jika demikian, bagaimana nanti nasib rakyat apabila mereka dapat memerintah Negara. Sudah pastinya Negara akan berada dalam satu keadaan yang amat bahaya. Sikap mementingkan diri dan mencari peluang kekayaan adalah objektif utama pemimpin pakatan.

Makin lama keretakan dalam Pakatan Harapan, akhirnya nanti akan terbelah juga. Sama lah nasibnya dengan gabungan parti pembangkang sebelum ini pun, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat yang terkubur tidak lama dahulu.

Pakatan di Selangor sekarang sedang berhadapan dengan keadaan yang haru biru. Kerusi di DUN Paya Jaras kini menjadi  rebutan buat PAN dan PKR, Hal ini berlaku apabila  calon lompat PKR yang mahu bertanding di kerusi yang telah diberikan awal kepada PAN.

Dalam hal ini kita boleh melihat bahawa PAN hanya  sebuah parti yang tidak penting jika bertanding atau tidak oleh Pakatan. Kerusi yang mereka miliki  boleh diambil pada bila bila masa sahaja dan PAN tidak mampu untuk menghalangnya.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh PAN, menjerit, Protes, atau akur dengan taraf  “hamba” sebagaimana dilebelkan oleh banyak pihak. Tindakan yang mampu dilakukan oleh PAN hanya melakukan protes undian dalam pilihanraya nanti.

Tidak ada gunanya PAN melompat ke sana kemari, Apalah sangat dengan kuasa yang PAN ada, Paling hebat boleh dilakukan oleh PAN ialah  buat himpunan besar bagi menolak calon dari PKR itu. Selebihnya pemimpin PAN hanya mampu melihat dan  termenung keseorangan.

PAN masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh PKR, PAN siap label PKR parti ‘tamak haloba’ dan mengajak semua jentera bantah keputusan PKR yang cuba ‘sailang’ kerusi di DUN Paya Jaras.

Hari ini kita sedang melihat masing-masing kini sedang bertelagah. Silap hari bulan, belum pun sempat PRU14, Pakatan yang dikuburkan terlebih dahulu.

Sebelum ini 2016 , sebelum keputusan menggunakan satu logo pilihanraya , PAN menyatakan bersedia meletakkan calonnya di Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh Tian Chua dari PKR jelas menunjukkan sifat sebenar PAN yang tidak semangat setiakawan sebaliknya mengamalkan sikap ‘kawan makan kawan’.

Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini PAN mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu. Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan PAN ini

Ketua Pemuda PAN turut mengulangi kenyataan beberapa pemimpin utama PAN sebelum ini untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Kata beliau, sikap PAN tersebut jelas menunjukkan bahawa parti itu sebenarnya ditubuhkan sekadar bagi melampiaskan dendam terhadap PAS.

Jka benar PAN mempunyai kekuatan untuk menang di Parlimen Batu dan sungguh-sungguh tidak bersetuju dengan kenyataan Tian Chua tentang keperluan sokongan PAS untuk memenangi Parlimen Batu, saya mencabar agar PAN segera mengumumkan calonnya yang akan menandingi kerusi tersebut pada PRU14 akan datang, ( Dec 2016)

Taktik kepemimpinan tertinggi gabungan pembangkang PKR menggunakan logo tunggal dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menimbulkan persoalan terhadap nasib PAN kerana perjuangan parti tersebut seolah-olah dipandang sepi rakan sekutunya.

Hakikatnya, nasib PAN diibaratkan ‘ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit’ yang bermaksud terlalu lemah kerana mereka hanya menjadi pelengkap kepada gabungan pembangkang yang didominasi oleh DAP dan tidak mampu membuat keputusan sendiri.

Peranan PAN dalam gabungan pembangkang PKR seolah-olah menyebabkan mereka menjadi semakin ‘terpencil’ di mata rakyat lebih-lebih lagi apabila logo PKR digunakan. (Dr. Awang Azman Awang Pawi)

PAN dilihat akan lebih banyak bergantung kepada suara PKR yang menjadi logo utama gabungan pembangkang. Parti ini menjadi semakin kurang dominan kerana tenggelam dengan dominasi DAP dan PKR.

Melihat kepada situasi politik gabungan pembangkang PKR, jangka hayat PAN tertakluk kepada rakan sekutunya yang lebih dominan dan ia akan ditentukan selepas keputusan PRU-14,” katanya .

Menurut Awang Azman, peranan PAN hanya sekadar untuk menarik sokongan orang Melayu untuk mengundi gabungan pembangkang PKR dalam pilihan raya kali ini sekaligus memastikan hasrat untuk menawan Putrajaya tercapai.

Katanya, walaupun keahlian PAN kurang berbanding PKR dan DAP, tetapi parti tersebut masih mempunyai kelompok penyokong tersendiri khususnya dalam kalangan orang Melayu.

“Mungkin bilangan ahli tidak ramai tetapi apabila mereka melakukan ceramah, masih ada penyokong yang hadir melibatkan diri. Kita perlu ingat, perpecahan orang Melayu disebabkan persaingan kuasa parti-parti yang dominan dan ia sukar dihentikan ketika ini,” katanya.

Ahli-ahli akar umbi PAN di beberapa negeri dilaporkan mula protes berikutan banyak diberikan kerusi yang sukar untuk menang.

  • pru14.tv

 #BR1M
#ManifestoBN
#DedakAzmin
#Dedak
#jomBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *