Dakwaan Bayar Pendatang Asing Adalah Berita Palsu

Nampaknya pembangkang dan fitnah tidak boleh dipisahkan apabila menjadikan media sosial sebagai medium yang paling mudah dan cepat sepantas kilat untuk menyebarkan sesuatu maklumat.

Baru-baru ini,fitnah dilemparkan beberapa individu di Facebook itu jelas menjatuhkan maruah serta reputasi Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Mutalif Rahim selepas tular video serta status di Facebook bahawa beliau membantu peniaga asing warga Bangladesh dan mengabaikan rakyat tempatan.

Menurut sumber dalaman berkata, keadaan sebenarnya ialah beliau hanya membantu seorang pemilik bengkel tempatan iaitu Azmi Abdul Malik yang mengalami kerugian selepas bengkel membaiki motosikalnya terbakar dalam kejadian jam 8 pagi, Isnin lalu.

Namun, beberapa individu yang tidak bertanggungjawab ini pula berkongsi video tersebut.Ini jelas satu fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau apatah lagi pautan status serta video itu sudah dikongsi sebanyak 89,000 kali.

Ia adalah satu tuduhan berniat jahat yang jelas dan nyata. Jadi,tindakan sewajarnya wajar diambil mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Sementara itu, peniaga bengkel berkenaan, Azmi juga turut hadir sama membuat laporan polis kerana dituduh sebagai warga asing dari Bangladesh.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, pihaknya juga sudah mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pemilik bengkel tempatan yang berbangsa melayu dan beragama Islam ini pula terpaksa membersihkan namanya yang dikatakan sebagai warga Bangladesh, sedangkan dia adalah warganegara Malaysia.Adakah salah Azmi dibantu? Kalau DAP tak nak bantu tidak perlu lah sampai mencaci dan menghina dia, sampai sanggup kata pendatang asing.

Azmi juga mempunyai tiga orang anak, dua daripadanya berpenyakit manakala isterinya pula tidak bekerja.Mengapa Azmi dilabel sebagai pendatang asing? Pembangkang tak habis-habis menipu lagi.

Mereka (pembangkang) ini seolah tidak serik, sama la seperti mana yang berlaku sebelum ini, video Bangla ditangkap kononnya ada kad pengenalan untuk mengundi diviralkan semasa hari pengundian PRU13. Sebelum itu pembangkang juga telah membuat video memfitnah pihak polis memberi kad pengenalan kepada Bangla.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu pihak pembangkang menjaja cerita palsu bahawa 40,000 orang Bangla mengundi untuk BN.

Sekarang Melayu pula jadi mangsa juga.Inikah nasib Melayu bawah DAP? DAP dan penyokong racist, begitu cepat sekali menghina kaum lain.Melihat wajahnya yang berbeza sudah dilabel sebagai pendatang asing walaupun tidak tahu perkara itu benar atau tidak benar.

Di manakah wakil rakyat DAP? Mangsa yang ternyata ditimpa bencana sepatutnya dibantu, malangnya mereka tak nak bantu sebab bukan kaum mereka, sebaliknya mereka menuduh pula sebagai pendatang asing bila BN datang membantu.Inikah yang dikatakan pemimpin yang prihatin?

Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan undang-undang bagi sesiapa yang menyebarkan berita palsu boleh ditahan dan dikenakan hukuman.Penyebar fitnah di Facebook itu dapat diheret ke muka pengadilan sebagai pengajaran bahawa penguatkuasaan Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 bukan satu perkara yang boleh dibuat main terutama apabila dengan sengaja menfitnah serta menjatuhkan maruah seseorang.

#Fitnah #HarapanPalsu #DAP rasis #Bangladesh

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *