BN Terengganu Turut Kemukakan Calon Wanita Dalam PRU14

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika mengesahkannya tidak menyebut siapa dan bagi kerusi kawasan mana calon itu akan dipertaruhkan dalam membawa cabaran BN menghadapi PRU-14 yang dianggar cukup mencabar itu.

Namun, Barisan Nasional (BN) Terengganu turut akan mengemukakan seorang calon wanita tunggal dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dalam senarai itu ada nama wanita,” katanya yang juga Pengerusi BN negeri berhubung langkah tersebut sebagai menghargai perjuangan wanita, dan telah mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Manifesto Tambahan BN Terengganu dan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik sumber, Manifesto tambahan BN Terengganu itu bertemakan ‘Masa Hadapan Kita Bina Bersama’ turut menyenaraikan usaha meningkatkan penglibatan golongan wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *