Bekas Pemimpin DAP Tak Percaya Pakatan Akan Mansuhkan GST

Niat untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto mereka sebenarnya amat sukar untuk dilaksanakan kerana sistem cukai berkenaan memang telus dan baik sehingga ia diamalkan di 170 buah negara di dunia ini.

Ramai pihak sudah mengatakan bahawa ia hanyalah janji populis kerana untuk mengambil kesempatan seperti menangguk di air yang keroh kononnya ketika ini rakyat sebenarnya menolak pelaksanaan GST sejak April 2015. Pembangkang mengatakan mereka akan menggantikan GST dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dulu dilaksanakan ketika zaman pentadbiran Mahathir Mohamad.

Sebenarnya GST pada masa ini membawa pendapatan yang besar kepada negara. Adakah mereka sanggup untuk menghentikannya?

Penyandang kerusi Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw mendedahkan mustahil untuk PH memansuhkan GST yang menjadikan antara sumber pendapatan negara jika menang PRU14.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula berkata gabungan pembangkang menggunakan GST sebagao modal politik mereka dengan mengaitkannya dengan tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada ketika ini.

“Gabungan pembangkang PKR terutamanya DAP memang terkenal dengan cara mereka memutar belit sesuatu isu dan menanam persepsi negatif dalam pemikiran rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu sedar hakikat tekanan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia menjadi satu daripada faktor peningkatan kos sara hidup dalam negara. Sekiranya GST dihapuskan, kerajaan akan kehilangan sumber pendapatan terbesar sekaligus menyebabkan bantuan untuk rakyat tidak dapat diberi,” katanya dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Tunku Abdul Aziz, gabungan pembangkang PKR cuba mengelirukan rakyat bahawa mereka akan menghapuskan GST tetapi besar kemungkinan akan melakukan pusingan-U apabila berjaya menang dalam pilihan raya nanti.

Katanya, gabungan pembangkang itu akan memberi pelbagai alasan kepada rakyat untuk melaksanakan GST kerana mereka sedar bahawa sistem cukai tersebut adalah yang terbaik ketika ini dan turut diguna pakai lebih 170 negara-negara lain.

“Lihat sahaja janji gabungan pembangkang PKR kononnya akan menghapuskan tol sekiranya menjadi pemerintah. Mereka sedar tidak mampu menunaikan janji dan membuat pusingan U dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Gabungan pembangkang PKR ini menggunakan isu ekonomi kerana kebanyakan golongan yang terhimpit dengan masalah ini adalah orang Melayu. Jadi ini taktik mereka untuk meraih undi orang Melayu yang sukar menerima gabungan tersebut kerana dominasi DAP terhadap sekutunya,” katanya.

Dalam pentadbiran BN ketika ini, kutipan hasil cukai GST digunakan untuk melaksanakan pembangunan kepada rakyat antaranya membolehkan BR1M diberikan kepada rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup.

#HarapanBohong

#HarapanPalsu

#JomBN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *