Bekas Model Terkenal Dakwa Diberi Dadah Sebelum Dirogol

Terbaru, bekas model terkenal Janice Dickinson pula mendakwa beliau diberi dadah oleh aktor Bill Cosby sebelum dirogol di kediamannya di Lake Tahoe pada tahun 1982, sama seperti yang berlaku pada mangsa-mangsa lain.

Dickinson ialah antara individu yang dibenarkan oleh Hakim Daerah Montgomery, Steven O’Neil untuk tampil menceritakan kisah mereka di hadapan juri di mahkamah di sini.

Hampir 50 wanita telah tampil dan mendakwa dicabul Cosby berpuluh tahun lalu namun kes membabitkan Constant terlalu lama untuk diteruskan manakala perbicaraan pertama Cosby pada Jun 2017 pula berakhir tanpa sebarang keputusan selepas juri menemui jalan buntu.

“Saya mahu memukul, menumbuk mukanya. Saya berasa amat marah, terhina, jijik dan malu,” kata model terkenal pada era 1970an dan 1980an itu ketika memberi keterangan pada sesi perbicaraan semula kes serangan seksual membabitkan pelakon filem siri televisyen The Cosby Show itu.

Sebelum ini pelakon komedi terkenal, Bill Cosby, dikatakan ditahan dan didakwa atas tuduhan melakukan jenayah seksual ke atas seorang wanita pada 2004 selepas memberinya dadah dan alkohol.

Cosby yang memainkan watak seorang bapa penyayang dan pakar perbidanan dalam siri itu kini sedang dibicarakan di Pennsylvania buat kali kedua atas kesalahan memberi dadah serta melakukan serangan seksual ke atas bekas rakan sekerja, Andrea Constant, 45 pada tahun 2004.

Cosby dituduh memberi pil khayal kepada Constant dan menyerang mangsa di kediaman pelakon itu di Philadelphia.

Aktor yang kini berusia 80 tahun itu menafikan kesemua pertuduhan dan mendakwa sebarang perlakuan seksual adalah atas persetujuan bersama manakala peguamnya pula menggambarkan Constant sebagai seorang pisau cukur.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *