TMJ Belanja Barang Keperluan Asas Rakyat Johor

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam membuat kejutan pada rakyat Johor apabila menanggung sepenuhnya perbelanjaan rakyat yang sedang membeli barang keperluan asas di pasaraya Aeon Tebrau.

Tunku Ismail ditemani isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam sebelum itu secara sepontan berkesempatan beramah mesra bersama rakyat Johor yang membeli-belah.

Menurut sumber, Tunku Ismail dilapor membelanja setiap orang sehingga RM3,000 untuk membeli barangan mereka dengan jumlah kira-kira RM1 juta.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata, dirinya bukan ahli politik dan tidak memerlukan undi, namun ikhlas menyayangi rakyatnya.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” katanya seperti dipetik laman Facebook Johor Southern Tigers di sini hari ini.

Justeru,dapat diilihat sifat penyayang, tegas, berani, mesra baginda yang menjadi mainan anakanda kepada Sultan Johor ini. Rakyat Johor khasnya, patut berasa bangga memiliki TMJ yang berhati murni dan berjiwa rakyat sebegini.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *