Serina Redzuawan Pilih BN, Netizen Pula Yang Panas

Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kian dirasai rakyat jelata. Tidak kira pangkat dan darjat, semua orang kian bersemangat menyokong parti pilihan termasuk golongan selebriti.

Terbaru, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan Serina Redzuawan berkongsi gambar dan kapsyen di laman Instagramnya yang memberi bayangan bahawa dia penyokong kuat parti biru.


Pilihan Serina itu mendapat sokongan pengikut dan peminat yang turut menyokong parti terbabit.




Sokong gelombang biru dulu, kini, dan selamanya


Bagaimanapun, disebabkan berkongsi pandangan dan parti pilihannya, Serina mendapat kecaman daripada segelintir penyokong pembangkang.

Nak batalkan tempahan!


Malah, tindakannya itu menyebabkan beberapa pengikut memutuskan untuk unfollow IGnya.





Enggan berdiam diri apabila pilihannya dikritik dan dikecam sekeras-kerasnya, Serina tampil bersuara di ruangan komen.


Arwah atuk dulu tentera


“Jangan bergaduh di ruangan komen saya,”
 tegasnya.





Sementara itu, ramai pengikut tidak faham mengapa ramai netizen menggunakan ruangan komen Serina untuk berperang kerana politik.

“Tak malu ke bergaduh dalam rumah orang? Dahlah masuk tak bagi salam, kemudian bergumpal dalam rumah dia,”
 komen netizen.




Foto: IG Serina

Golongan selebriti pun rakyat Malaysia juga, ada hak untuk menyuarakan pilihan mereka. Jadilah netizen yang lebih matang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *